Thursday, September 25, 2008

Ramadhan pergi Syawal pula menjelma..

Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan meninggaklan kita.Suatu bulan yang disebut oleh Allah didalam Al-Quran sebagai bulan yang terbaik untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berganda.Perginya Ramadhan bukanlah suatu kerelaan bagi orang-orang yang mutaqin.Perginya Ramadhan akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi orang-orang yang memahami hakikat puasa ramadhan.Satu tarbiyah yang dilakukan oleh Allah kepada hambanya bagi memperbaiki hati.Nabi Muhammad sendiri menangis bila mengenangkan bulan Ramadhan yang akan pergi..Bulan yang mana manusia akan mendapat ganjaran pahala berkali ganda berbeza dengan bulan-bulan lain.
Bulan Ramadhan jugalah Allah telah menjadikan satu malam yang dinamakan Malam Al-Qadar yang barangsiapa beribadah maka ganjaranya adalah melebihi 1000 bulan ataupun kira-kira 83 tahun didunia.Sememangnya inilah bonus terbesar yang dikurniakan kepada Umat Muhammad S.a.w.Memandangkan ianya adalah satu bonus yang dikurniakan kepada junjungan besar Muhammad S.a.w. Maka sebagai hambanya kita wajar bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Perginya Ramadhan diganti dengan Syawal bulan yang menyaksikan kejayaan Umat Islam setelah selama sebulan berpuasa.1 Syawal yang tiba merupakan satu sinar baru bagi umat islam untuk meraikan kejayaan menjadi mukmin yang sejati.Alangkah malangnya bagi orang yang gagal dalam tarbiyah Allah selama sebulan itu.Datangya Syawal akan menjadikan mukmin semakin kuat jiwanya dan keimanan kepada Allah.Akan lebih kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah.InsyaAllah.Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Selama Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir Dan Batin

Dari:Ustaz Mohd Suffian B Mat Napi