Saturday, September 20, 2008

Virus komputer


Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran.Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari, seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain digunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.

Mengapa kita memanggil kod jahat ini virus komputer?

Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain.

Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu."

Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.

Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.

Namum demikian pelbagai serangan yang telah dilakukan oleh virus tersebut yang menyebabkan kerugian yang ditaksirkan oleh Sebuah Organisasi Komputer yang berpengakalan di Amerika mencatatkan jumlah 1 billion setahun.

Biasanya komputer yang dijangkiti virus akan menunjukkan kelembaban dan biasanya satu duplicate fail akan wujud didalam document yang terletak dibahagian C:
Serangan virus bukan setakat kepada sistem OS bahkan sehinggalah kepada Mboard dan juga kepada Bios.

Sebenarnya jika komputer anda dijangkiti Virus jangan lah mengelabah sehinggakan tak tahu apa yang harus dibuat.Cuma sedikit pengetahuan sudah berupaya untuk menentang virus.Pelbagai program antivirus yang wujud dipasaran akan tetapi pilihlah perisian antivirus yang mempunyai kekeuatan untuk melawan varian virus yang wujud.Ingin saya cadangkan disini ialah seperti BitDefender,karpesky,McAfee,Avg09,Nod32 merupakan perisian antivirus yang terbaik.

Jadi jika hari ini komputer anda terkena virus jangan risau dan mengelabah pastikan anda update dahulu antivirus anda dan scan komputer anda seperti biasa.Insyaallah dalam tutorial blog akan datang saya akan kongsikan bagaimana membuang virus melalui sistem bios dan juga melalui medan safemode.

salam hormat:Ustaz Pian