Friday, October 31, 2008

Perisian Percuma Membina Laman Web

Walaupun blog telahpun mengambil alih peranan web,namum demikian web masih lagi tidak ketinggalan kerana ciri-cirinya amat berbeza dengan blog.Semakin kehadapan dunia kita maka semakin kehadapan juga web dalam meniti arus kemajuan dan pembangunan ICT.Apabila teknologi web semakin maju, pelbagai pihak berlumba-lumba untuk membangunkan perisian pembangun tapak web yang bersifat lebih mesra pengguna dan terkini.


Pembinaan laman-laman web bermula dengan kemahiran menyusun kod-kod HTML. Apabila teknologi web semakin maju, pelbagai pihak membangunkan perisian pembangun tapak web yang lebih mesra pengguna seperti FrontPage dan Dreamweaver.Apa yang saya ingin kongsikan kepada pengunjung blog ini agar dapat kita mendapat sedikit manfaat dari kecanggihan teknologi ICT.Pembangunan software sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pengguna yang bijak dalam mencari perisian yang percuma.Berikut adala perisian percuma yang anda boleh guna untuk membangunkan laman web.

MAX’s HTML Beauty++ 2004 v2.0
- Penyunting HTML termaju ini dilengkapi penanda syntax boleh pilih, penyunting heret & letak, penyunting "tag" klik kanan, acuan, penyemak ejaan & tatabahasa, dan banyak lagi. la juga memiliki dialog pereka "tag" HTML, akses segera kepada "tag" HTML yang sering diguna, penayang imej can pengoptima GIF Ciri tambahannya meliputi skrip Java dalaman, sokongan untuk HTML TIDY prebiu pelayar dalaman, penyunting skrin penuh, panel sumber, dan banyak lagi.

URL: http://www.htmlbeauty.com/


Selida v21.1 SP1
- Penyunting HTML anja ini dilengkapi pelbagai dialog bantuan untuk menulis kod, menyisip imej, pautan clan banya. lagi. la dilengkapi prebiu masa nyata untuk melihat paparan pelayar web ketika menulis kod HTML. la turut menyokong penyempurnaa, "tag" automatik, penanda "syntax" pelbagai warna, clan pemuka visual (WYSIWYG) pilihar Menyokong kod ASP, Java, VB, teks clan alat tambahan seperti pembersih kod, pemampat kod, penyemak ralat, penyemak ejaan can sebagainya.

URL: http://selida.camelon.nl/


Stones WebWriter v3.5.2e
- Penyunting HTML ini juga dilengkapi banyak ciri termaju bagi membina can menyelenggara tapak web. Pemukanya nampak menarik dan profesional dengan sokongan projek, pelayar fail, koleksi skrip, can banyak lagi. Antara cirinya ialah pewarnaan "syntax" boleh pilih, fungsi "tag", clan enjin cari/ganti. la turut dilengkapi penyunting Style Sheet can Image Map, FTP dalaman clan penyemak asas "syntax" HTML. Selain percuma, ia memiliki banyak ciri menarik dan profesional.

URL: http://www.webwriter.dk/

PSPad Editor v4.5.0
- Penyunting pengaturcara ini menyokong pelbagai profail penanda "syntax". la juga dilengkapi penyunting "hex", pertukaran CP, pembeza teks, acuan, makro, fungsi penyemak ejaan, penyempurnaan automatik, Code Explorer dan lain-lain lagi. Selain menyokong bahasa pengaturcaraan popular seperti VB, C++, SOL, PHP, ASP clan Python, ia boleh memilih ketetapan "syntax" lanjutan. la juga menyediakan alat untuk menyunting HTML, berintegrasi dengan TopStyle Lite, dan TidyHTML.

URL: http://www.pspad.com


CatsCradle v3.3
- Menyediakan cara mudah untuk menterjemah laman web. la mengekstrak teks dari laman web untuk disunting dan diterjemah tanpa melibatkan kod HTML. Skrin suntingan dalamannya membolehkan suntingan sisi ke sisi dan terdapat prebiu masa nyata untuk laman yang diterjemah. Ciri lain termasuklah glosari dalaman dengan cadangan perkataan dan frasa yang sesuai, katalog fail projek, dengan penghitung perkataan. Anda boleh menyunting teks pada laman web tanpa melibatkan kodnya.

URL: http://www.stormdance.net


NVU v1.0
- Menyunting laman web secara visual selain menyunting kod. la juga menyediakan prebiu masa nyata, paparan "tag", fungsi "upload" FTP, ruang projek, penyemak ejaan, dan penyunting CSS. Pemuka yang disediakan membolehkan akses segera kepada "tag" yang sering digunakan, prebiu pelayar web dan panduan mencipta elemen laman yang sering digunakan. Perisian sumber terbuka ini berasaskan enjin Gecko (Mozilla), menyediakan persekitaran mudah untuk pengguna baru clan mahir.


URL: http://www.nvu.com/


Pcrtelio v1.05.0032
- Mampu menyunting clan mengemaskini tapak web menerusi Internet Explorer. la berfungsi sebagai "plug-in" yang boleh menukarkan laman web menjadi versi yang boleh disunting. la juga boleh mencipta jadual, membuang/menukar imej, memformat teks, dan menyunting pautan (link). Boleh menyunting sumber HTML dan melakukan proses "upload" secara terus. la boleh membatalkan perubahan pada laman web untuk ke versi sebelumnya. Boleh melakukan suntingan mudah dan rumit.

URL: http://www.portello.org


Matrix Y2K v2005SE
- Penyunting kod HTML ini sesuai untuk pengguna baru dan mahir. Ciri-cirinya meliputi akses segera kepada "tag" yang selalu diguna, pemuka berbilang dokumen, penanda "syntax", cari/ganti dan banyak lagi. Ciri iCode Insidei contohnya boleh mencipta membina koleksi skrip yang boleh diakses menerusi kata kunci dan pintasan. Menyediakan prebiu dalaman dengan enjin Mozilla atau IE, prebiu pelayar luaran, menyokong PHP, dan lain-lain lagi. Dokumen rujukan turut disediakan.

URL: http://www.crystalfibers.com


AEdiX Suite v3.0.5 beta
- Perisian pengekod dan penyunting ini direka khas untuk pembangun web. la dilengkapi penanda "syntax" banyak bahasa (HTML, PHP, ASP, C, C++, Pascal, Java, JavaScript, Pen, VBScript, SOL, ASM, Sphere script), acuan berasaskan skrip dan intergrasi dengan HTML Tidy untuk menyemak kod. la menyokong saiz fail yang tidak terhad dan menawarkan pemuka bersih dan mudah digunakan. Ciri-ciri tambahannya termasuk klien FTP dalaman, fungsi cari/ganti dan penyunting "hex".

URL: http://www.kt2k.com


HTMLGate FREE v12.2.1B
- Penyunting HTML ini dilengkapi ciri termaju clan menyokong pelbagai bahasa skrip web. la dilengkapi pemuka ramah pengguna, pengurus projek, koleksi kod, FTP dalaman, penanda "syntax", dan lain-lain lagi. Ciri termajunya meliputi sokongan skrip Java, animasi DHTML, XHTML, XML, clan Cookies. Pemukanya pula boleh dipilih, boleh mencari fail, boleh mengakses kod, clan mengurus projek. Peralatan untuk kesan khas, pengoptimaan, penukar format imej juga disediakan.

URL: http://www.mpsoftware.dk/


DHE Web Editor v1.8
- Penyunting HTML ini memanfaatkan teknik CSS untuk mereka bentuk laman web. Ini meliputi kelebihan CSS yang tiada pada HTML biasa. CSS serasi dengan semua pelayar web utama supaya paparan laman web nampak sama. Perisian ini boleh mencipta laman HTML, ASP, PHP, CFM, JSP, XML dan boleh menyisipkan kod perlu. Anda boleh mengimport imej, mengaitkan acara dengan label, gambar, ruang input can banyak lagi. Sesuai untuk pengguna baru can yang mahir CSS.

URL: http://www.hexagora.com/home.htm


Svoi.NET PHP Edit v5.3
- Boleh menyunting, menguji, can menyemak skrip PHP selain laman-laman HTML/XML. Memiliki penanda automatik "syntax" untuk PHP, Perl, HTML, XML, Java, Javascript, VBScript, CSS, SOL, C++, can Python. la juga boleh mengkod PHP can menyediakan butang untuk menyisipkan kod biasa, can pemboleh ubah. Ciri tambahannya meliputi prebiu pelayar, sokongan heret can letak, pengurus fail, penyokong projek, cetakan "syntax", cari/ganti can standard penyunting lain.

URL: http://phpedit.com.ua/