Tuesday, August 11, 2009

FAKTA H1N1

Soalan Lazim

Apakah itu penyakit Influenza?

* Sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus Influenza A (H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada percampuran genetic virus influenza babi, burung dan manusia.
Bagaimana kita boleh dijangkiti?

* Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus?

* Selagi mereka mempunyai gejala pesakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami tanda terutamanya ketika demam. Kanak-kanak boleh nenyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Adakah vaksin khusus untuk melindungi diri?

* Sehingga kini belum ada vaksin khusus namun usaha penghasilannya sedang dijalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan H1N1.

Bolehkah antiviral mencegah jangkitan?

* Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat ini. Akhirnya mengakibatkan ubat ini tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

Golongan berisiko tinggi?

* Kanak-kanak berusia kurang lima tahun
* Individu berusia 65 tahun ke atas

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, di talian 03-88810200 / 0300 (8 pagi - 5 petang); emel ke cprc@moh.gov.my atau layari laman web http://h1n1.moh.gov.my

Photobucket