Wednesday, August 05, 2009

GURU BESAR SKSC



GURU BESAR SKSC:
ENCIK MOHD SHUKRY BIN HUSSIN




Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w. kepada Ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Tidak lupa juga kepada Warga SKSC yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat waja dalam meneruskan tugas sebagai pewaris para nabi dalam mendidik dan menyalurkan ilmu kepada nusa dan bangsa.Setinggi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada AJK blog kerana berjaya menghasilkan blog ini dengan menarik dan kemas.

Dalam era ledakan maklumat serta kecanggihan teknologi komunikasi, kita harus berani mengorak langkah menghadapi cabaran glokal baru dan bersiap sedia mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan perkembangan semasa demi melangkah ke hadapan menuju wawasan 2020.Sesuai dengan inspirasi dan visi KPM kearah pembestarian sekolah.

Dengan adanya teknologi yang moden dan canggih dalam bidang komunikasi telah secara tidak langsung menjadikan dunia ini seolah-olahnya lebih kecil dibandingkan dengan masa-masa yang lepas. Kini kita dapat memperolehi maklumat dari merata dunia dengan cepat dan tepat.Dunia kini dengan versi teknologi seolah-olah berada dekat dimata dengan perkongsian bestari segala maklumat dan informasi.

Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk memantapkan lagi pengetahuan khasnya dalam bidang teknologi komputer. Justeru itu, pihak sekolah telah mengorak langkah untuk menyediakan blog tersendiri. Semoga kita akan dapat berkongsi pengalaman demi kemajuan dan kepentingan sekolah, murid-murid, masyarakat serta negara.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tuan/puan melawat ke blog kami.Semoga apa yang telah dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat mengangkat mertabat SKSC dimata dunia dan negara Malaysia secara amnya.Harapan saya semoga blog ini menjadi pemangkin kearah merealisasikan pembestarian sekolah pada masa hadapan.

Salam Hormat dari;
Mohd Shukry b. Hussin
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka.





PENOLONG KANAN 1:
PUAN NORIAH BINTI MUDA




PENOLONG KANAN HEM:
ENCIK DZULKIPLY BIN CHE ABDULLAH




PENOLONG KANAN KO KURIKULUM :
CHE SYAFIE BIN CHE OMAR