Sunday, September 28, 2008

Kisah seorang Pemuda

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari
seorang
guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3
pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah....Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
yang
menyakitkan untuk syaitan.

Sekarang anda mempunyai dua pilihan:
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda (..dan kena pula
tamparan
dari 'u know who')
2. Forward E-mail ini kepada orang yang anda kenali dan Insya Allah
keredhaan Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda
kirimi.

seterusnya..

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA.






Sempena hari yang mulia ini.Marilah sama-sama kita mengukuhkan ukhwah,mengeratkan silatulrahim dan memaafkan segala kesilapan yang berlaku.

seterusnya..

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan pergi Syawal pula menjelma..

Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan meninggaklan kita.Suatu bulan yang disebut oleh Allah didalam Al-Quran sebagai bulan yang terbaik untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berganda.Perginya Ramadhan bukanlah suatu kerelaan bagi orang-orang yang mutaqin.Perginya Ramadhan akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi orang-orang yang memahami hakikat puasa ramadhan.Satu tarbiyah yang dilakukan oleh Allah kepada hambanya bagi memperbaiki hati.Nabi Muhammad sendiri menangis bila mengenangkan bulan Ramadhan yang akan pergi..Bulan yang mana manusia akan mendapat ganjaran pahala berkali ganda berbeza dengan bulan-bulan lain.
Bulan Ramadhan jugalah Allah telah menjadikan satu malam yang dinamakan Malam Al-Qadar yang barangsiapa beribadah maka ganjaranya adalah melebihi 1000 bulan ataupun kira-kira 83 tahun didunia.Sememangnya inilah bonus terbesar yang dikurniakan kepada Umat Muhammad S.a.w.Memandangkan ianya adalah satu bonus yang dikurniakan kepada junjungan besar Muhammad S.a.w. Maka sebagai hambanya kita wajar bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Perginya Ramadhan diganti dengan Syawal bulan yang menyaksikan kejayaan Umat Islam setelah selama sebulan berpuasa.1 Syawal yang tiba merupakan satu sinar baru bagi umat islam untuk meraikan kejayaan menjadi mukmin yang sejati.Alangkah malangnya bagi orang yang gagal dalam tarbiyah Allah selama sebulan itu.Datangya Syawal akan menjadikan mukmin semakin kuat jiwanya dan keimanan kepada Allah.Akan lebih kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah.InsyaAllah.Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Selama Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir Dan Batin

Dari:Ustaz Mohd Suffian B Mat Napi

seterusnya..

Monday, September 22, 2008

Buat Blog Roll

Untuk mendapatkan kotak Blogroll, yang paling asas kena memahami kod html,java script dan juga kod css dengan lebih mendalam dan terperinci.Cuba lihat kod yang dipaparkan untuk lebih jelas…kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan Blog yang dihasilkan selama ini hancur berkecai..Jangan lupa untuk backup blog demo tu yang lebih penting…aku selalu bagi ingat kat semua member yang aku ajar jangan lupa backup blog yang telah dihasilkan kerana macam-macam boleh terjadi.Jangan jadikan mimpi ngeri tu menjadi kenyataan seperti yang pernah berlaku pada blog peribadi aku dulu dan ianya mungkin boleh terjadi kepada blog-blog lain yang telah diusahakan selama ini.
Cuba perhatikan betul-betul kod tersebut.
1. Kotak Blogroll Model Text Area

Contohnya seperti kotak blog roll blog sekolah aku tu,begini cara untuk membuatnya :
Pasang code berikut ini di dalam element blog demo (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)



#link1

#link2

#link3

#link...



keterangan:
- Kode width: 200px; dan height: 200px; adalah ukuran lebar dan panjang kotak,demo boleh mengubahnya dan menyesuaikanya dengan ukuran yang demo suka.
- Ganti tulisan "#link1,#link2, #link3 dst" dengan daftar link-link demo, boleh diisi dengan banner link.
- Jika demo ingin daftar link-linknya berjajar seperti blog yang aku buat, maka hilangkan kode


2. Kotak Blogroll Model Marquee

Kotak ini juga mampu menampung banyak link dalam tempat yang sempit. Namun kotak blog roll ini berbeza dengan kotak yg diatas, karena kotak yang ini tidak memiliki rollbar (yg biasanya disebelah kanan terus ditarik keatas kebawah ). Link-link atau isi didalam kotak ini akan bergerak/berjalan secara vertikal ataupun secara horizontal. Beginilah cara cara buatnya:
Pasang code berikut ini di kedalam element demo (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)


onmouseover='this.stop()' onmouseout='this.start()' width="95%" >

#link1

#link2

#link3

#link...




Keterangan :
- Kode "up" itu menunjukan arah pergerakan tulisan,kalau left maka tulisan tersebut akan bergerak dari kiri dan kalau up akan keatas. Demo boleh menggantinya dengan down, left, right
- Jika demo menggantinya dengan pergerakan horizontal (left atau right) maka hilangkan kode
.
- Angka "100" menunjukkan tinggi dari kotak blogroll demo. Semakin banyak angkanya maka semakin tinggi pula ukuran blogroll.

Untuk Dapatkan kod HTML sila download fail dari blog ni ataupun email kan aku alamat email mu.Dalam blog ni kod tidak dapat dicopy sebab aku telah blok dan halang.


seterusnya..

Saturday, September 20, 2008

Virus komputer


Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran.Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari, seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain digunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.

Mengapa kita memanggil kod jahat ini virus komputer?

Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain.

Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu."

Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.

Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.

Namum demikian pelbagai serangan yang telah dilakukan oleh virus tersebut yang menyebabkan kerugian yang ditaksirkan oleh Sebuah Organisasi Komputer yang berpengakalan di Amerika mencatatkan jumlah 1 billion setahun.

Biasanya komputer yang dijangkiti virus akan menunjukkan kelembaban dan biasanya satu duplicate fail akan wujud didalam document yang terletak dibahagian C:
Serangan virus bukan setakat kepada sistem OS bahkan sehinggalah kepada Mboard dan juga kepada Bios.

Sebenarnya jika komputer anda dijangkiti Virus jangan lah mengelabah sehinggakan tak tahu apa yang harus dibuat.Cuma sedikit pengetahuan sudah berupaya untuk menentang virus.Pelbagai program antivirus yang wujud dipasaran akan tetapi pilihlah perisian antivirus yang mempunyai kekeuatan untuk melawan varian virus yang wujud.Ingin saya cadangkan disini ialah seperti BitDefender,karpesky,McAfee,Avg09,Nod32 merupakan perisian antivirus yang terbaik.

Jadi jika hari ini komputer anda terkena virus jangan risau dan mengelabah pastikan anda update dahulu antivirus anda dan scan komputer anda seperti biasa.Insyaallah dalam tutorial blog akan datang saya akan kongsikan bagaimana membuang virus melalui sistem bios dan juga melalui medan safemode.

salam hormat:Ustaz Pian


seterusnya..

Apa itu hardware dan spyware

Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan.

Adware


Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk “pop-up” yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware


Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

MicrosoftDefender
LavasoftAd-Aware
Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:
FirewallBarracuda






seterusnya..

Kod-kod lemak Babi

makanan yang halal akan menentukan takwa kita kepada Allah,sebab itulah dalam islam amat menekankan peri halal sesuatu barangan yang akan digunakan samaada sebagai sumber makanan dan minuman ataupun sebagai sumber pakaian kita namum adakah kita mengetahui sejauh manakah halalnya makanan yang kita bakal makan, dalam blog ini saya akan pamerkan kod-kod yang yang terdapat lemak babi, Produk-produk dengan kod tersebut adalah mengandungi lemak babi.

KOD-KOD EMULSI

e-codes
1. 100 21. 327 41. 47

2. 110 22. 334 42. 47

3. 120 23. 335 43. 47

4. 140 24. 336 44. 47

5. 141 25. 337 45. 48

6. 153 26. 422 46. 48

7. 160 27. 430 47. 48

8. 161 28. 431 48. 49

9. 210 29. 432 49. 49

10. 213 30. 433 50. 49

11. 214 31. 434 51. 49

12. 216 32. 435 52. 49

13. 234 33. 436 53. 54

14. 252 34. 440 54. 570

15. 270 35. 441 55. 572

16. 280 36. 470 56. 63

17. 300 37. 471 57. 63

18. 301 38. 472 58. 904

19. 325 39. 473 59. 920

20. 326 40. 474

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita guna dan menyemal dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam bar produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan maklumat produk ini kepada saudara kita.

seterusnya..

Lajukan Windows XP anda

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda

laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

laju-xp-03 Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda

(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

seterusnya..