Monday, December 29, 2008

MEMO MESYUARAT SKSC

Adalah dimaklumkan kepada semua guru SKSC bahawa mesyuarat guru akan diadakan seperti ketetapan berikut..

Tarikh:30 Disember 2008

Masa: 9.00 pagi

Tempat:Bilik Guru SKSC

Agenda: Akan diedarkan masa mesyuarat

Mohon kerjasama dari guru-guru agar dapat menghadirkan diri.Kerjasama anda bagi menjayakan harapan dan misi SKSC.
Harap Maklum




seterusnya..

Friday, December 26, 2008

Kejaiban Solat dibuktikan secara saintifik?



KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

seterusnya..

Friday, December 19, 2008

Bulan-bulan Islam

Untuk anak didik SKSC yang bertanya..Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya.Kebanyakannya nama-nama bulan tersebut muncul sebelum Islam lagi.Nama-nama tersebut muncul sempena cuaca, ketika peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar.Kesemua bulan tersebut ada 12 bulan dan ianya dinyatakan dalam Al-Quran bahawa ada 12 bulan kesemuanya.Ada bulan yang disebut didalam Al-Quran seperti bulan ramadhan.Sebagai umat islam sewajarnya kita mengingati bulan-bulan ini kerana dalam bulan inilah banyak perkara yang berlaku..

1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
* Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar (ﺻﻔﺮ)

* Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)

* Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4.Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

* Bulan kedua musim bunga.

5.Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)

* Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6.Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

7.Rejab (ﺭﺟﺐ)

* Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8.Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)

* Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9.Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)

* Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10.Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)

* Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11.Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)

* Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12.Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)

* Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


Diharap anak didik sekalian akan dapat hafal bulan-bulan islam ini.Ingat cuti sekolah tinggal hanya seminggu lagi.Jumpa anda dimenara kejayaan.

seterusnya..

Wednesday, December 17, 2008

Renungan Untuk semua Pendidik


Jika anak dibesarkan dengan celaan.
Ia belajar memaki,
Jika anak dibesarkan cemoohan,
Ia belajar rendah diri,
Jika ia dibesarkan dengan penghinaan,
Ia belajar menyesali diri,
Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
Ia belajar menahan diri,
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
Ia belajar percaya diri,
Jika anak dibesarkan dengan pujian,
Ia belajar menghargai diri,
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan,
Ia belajar keadilan,
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
Ia belajar menaruh kepercayaan,
Jika anak dibesarkan dengan dukungan,
Ia belajar menyenangi dirinya,
Jika anak dibesarkan dengan kasih-sayang dan persahabatan,
Ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.



Dipetik dari:http://norish77.blogspot.com/

seterusnya..

Wednesday, December 03, 2008

PEMBERITAHUAN

Pihak blog master mengucapkan terima kasih atas sokongan padu dari rakan-rakan semua.Untuk sementara waktu pihak blogmaster tidak dapat memuatkan info berkenaan sekolah memandangkan sekolah masih lagi bercuti.Segala kekurangan amat dikesali.Pihak kami akan berusaha untuk memberi info terbaik dan terkini.Segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti sekolah akan dimasukan serta dikemaskini pada
15 Jan 2009.
Buat sementara waktu anda hanya disajikan dengan pelbagai maklumat sebagai pengetahuan am sahaja jika anda ada sebarang artikel yang berbentuk ilmiah hasil karya anda sendiri bolehlah disumbangkan kepada pihak kami.Artikel anda hendaklah bersesuaian dengan bidang pendidikan.
Segala sokongan dan pandangan pihak tuan/puan serta semua pembaca blog amat kami hargai.
Salam Hormat.

Dari:Mohd Suffian
2/12/2008 Jam 2.30pg




seterusnya..