Untuk menghasilkan butang yang tersusun kemas seperti yang saya buat diblog saya bukanlah susah sangat.ramai yang bertanya kepada saya bagaimana ingin membuatnya agar kelihatan kemas dan cantik.Jangan risau tutorial ini akan saya kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan pembaca blog sksc ini.Kerana saya percaya apa yang kita lakukan ini merupakan sebahagian daripada ilmu yang bemanfaat kepada kita semua.
Layarilah internet seperti biasa dan pergi ke google…..dan buka lah akaun blogspot anda seperti biasa…dan akan nampak DASHBOARD blog anda.
CONTOH:
Pergi le Layout dan anda akan berada di Add and Arrange Page Elements
Tekanlah Add a Gadget dan pilihlah butang/kolum HTML/Jacascript...anda akan nampak seperti yang dipaparkan ini..
Tekan butang HTML/Javascript dan satu laman seperti ini akan terbentuk
Configure HTML/Javascript
Anda copy dan paste kod tersebut.. seperti yang yang pamerkan disini
Ditulisan warna merah anda boleh masukkan apa sahaja senarai apa yang anda suka (sila rujuk gambarajah 1)
#yang berwarna hijau anda jangan ubah kerana jika sedikit perubahan akan menyebabkan ianya akan tidak berfungsi..apa yang anda boleh ubah ialah 200px itu merupakan panjang kotak yang dihasilkan..ianya boleh diubah mengikut kesesuaian blog anda.
Yang berwarna biru adalah link kepada laman yang anda kehendaki..
Apa sahaja laman yang anda fikirkan sesuai dan mengikut citarasa anda..diwarna biru tersebut anda boleh masukkan link yang anda kehendaki itu..contoh jika inginkan link kementerian pelajaran malaysia anda masukkan link http://emoe.gov.my/
Insyaallah saya rasa semua sudah dapat memahami tutorial tadi dan jika anda tidak dapat memahami boleh lah emailkan saya sebarang pertanyaan ataupun gunakan shoutbox
kod html yang saya paparkan ini tidak dapat disalin kerana telah saya halang dari disalin oleh individu yang tidak memahami hasil kerja saya.Sesiapa yang berminat boleh emailkan saya di al_syafi@hotmail.com ataupun salin kod tersebut ditutorial saya ini...
Ustaz Mohd Suffian MN
Wednesday, November 19, 2008
Bagaimana menghasilkan butang link yang kemas.
Friday, October 31, 2008
Membina Blog
Membuat blog sememangnya mudah kalau dibandingkan dengan membuat laman web.Dalam membina blog yang asas hanya menggunakan masa beberapa minit sahaja.Berbeza dengan laman web kita terpaksa menggunakan perisian khusus untuk membina laman web seperti frontpage , Adobe dreamweaver ataupun yang paling asas menggunakan Microsoft word.Dalam tutorial ini perbincangan akan tetumpu kepada bagaimana membina blog yang hebat dan menarik seperti yang telah saya hasilkan.Tak percaya cuba ke http://www.skserichempaka.blogspot.com/ setelah menghabiskan masa berminggu-minggu maka inilah sedikit hasil yang dapat saya kecapi.Walaupun blog lain lagi hebat dan menarik, apapun kita wajar bersyukur kehadrat Illahi kerana diberikan hidayat untuk melahirkan blog ini, dan hasilnya dapat kita kumpulkan sedikit manfaat dari blog ini.
Untuk menghasilkan blog anda tidak perlu seorang yang mahir dalam bidang ICT ataupun memiliki Ijazah Sarjana akan tetapi cukuplah hanya memahami asas utama dalam pembinaan blog.Yang penting minat dan juga rajin dalam menyelidiki blog.Saya percaya sebuab blog yang baik bergantung kepada kemahiran kita dalam memanipulasi dan menggunakan dasar-dasar HTML (Hyper Text Mark up Language) yang menjadi tunjang dan tulang belakang sesebuah laman web ataupun blog.Walaupun kod HTML sememangnya banayak untuk didingati akan tetapi jika kita sudah memahami dengan betul nescaya kita akan mengatakan kod HTML adalah senang.
Secara logikalnya kod HTML adalah seumpama pen yang akan kita gunakan dalam penulisan.Tanpa pen tersebut maka penulisan kita tidak akan lengkap.Perbincangan mengenai kod HTML sememangnya memerlukan masa yang panjang untuk difahami.Saya sendiri hampir 6 bulan mengkaji untuk memahami kod tersebut dan hasil usaha gigih saya, akhirnya saya dapat memahami kod tersebut.
Sebelum saya huraikan secara ringkas mengenai kod HTML saya ingin berkongsi sedikit dengan semua sahabat tentang apakah peranan kod tersebut.Secara amnya kod tersebut berperanan sebagai bahasa perantara yang menghubungkan arahan dengan medan dipaparan web ataupun blog.
Mungkin sahabat saya tidak memahami dengan jelas. Tentang kod HTML tetapi jangan bimbang dan pening kepala kerana memikirkannya.Biarkan masa dan waktu yang menentukan.Untuk mempelajari tag-tag atau kode-kode penting yang sering digunakan dalam membangun sebuah web/blog misalnya cara membuat link, menampilkan gambar, mengganti warna font, membuat baris baru dll tidak lah susah sangat.Pengalaman saya dalam menyiapkan beberapa blog dan juga laman web mendapati lebih senang untuk membina laman web menggunakan kod tersebut.
JAVA
Java ialah bahasa pengaturcaraan komputer yang telah dihasilkan oleh Sun MicroSystem. Java ialah bahasa pengaturcaraan selepas C++. Ia berfungsi untuk mencanggihkan lagi laman web anda. Salah satu kegunaan yang paling biasa dilakukan oleh pereka-pereka laman web ialah untuk mengubah imej kepada imej lain apabila tetikus digerakkan di atas imej asal. Anda sudah pasti pernah melihat laman web sebegini. Sebagai contoh, sila gerakkan tetikus anda diatas ikon-ikon di atas.
Terdapat 2 jenis JAVA.
Pertama, JavaScript. JavaScript ini aktif bersama-sama dengan kod-kod html anda. Seperti yang saya katakan tadi, JavaScript berfungsi untuk mencanggihkan laman anda. Sebagai contoh, anda sudah pasti telah melihat laman-laman web yang mempunyai bebutang menu yang akan berubah apabila penunjuk tetikus digerakkan di atasnya. Kesan khas ini dibuat menggunakan JavaScript.Oleh kerana Microsoft Corporation tidak mahu ketinggalan dalam hal ini, maka Microsoft telah membuat script versi mereka, yang dipanggil Jscript. Jscript dan JavaScript secara umum adalah serupa tetapi tidak sama. Ini kerana sikap Microsoft sendiri yang tidak mahu mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Sun MicroSystem. Saya pasti anda pernah melihat "JavaScript Error" apabila ke laman-laman tertentu. Ini adalah kerana browser yang digunakan tidak sesuai dengan JavaScript yang dimasukkan di laman tersebut. JavaScript ini ditulis seperti mana kod-kod html ditulis.
Kedua, JavaApplet. JavaApplet ini berfungsi untuk membuat applikasi laman web, applikasi ini di panggil applet. Jika anda pernah ke portal saya iaitu http://www.skserichempaka.blogspot.com/ anda sudah pasti berhadapan dengan applet menu mereka. Applet-applet ini dihasilkan dengan menggunakan kompiler JAVA. Sesudah sesuatu JAVA applet dibuat, anda perlu meletakkan kod-kod html yang digunakan untuk memanggil applet tersebut.
Apapun semakin kita faham maka semakin sukar untuk dimengertikan maksud yang tersurat dan tersirat kerana apa yang tinggal hanyalah sedikit sahaja dari jutaan ilmu yang ada.Ilmu Allah melebihi apa yang ada didunia fana ini.Segalanya perlu kita serahkan kepada yang Maha Mencipta segalanya.
Perisian Percuma Membina Laman Web
Walaupun blog telahpun mengambil alih peranan web,namum demikian web masih lagi tidak ketinggalan kerana ciri-cirinya amat berbeza dengan blog.Semakin kehadapan dunia kita maka semakin kehadapan juga web dalam meniti arus kemajuan dan pembangunan ICT.Apabila teknologi web semakin maju, pelbagai pihak berlumba-lumba untuk membangunkan perisian pembangun tapak web yang bersifat lebih mesra pengguna dan terkini.
Pembinaan laman-laman web bermula dengan kemahiran menyusun kod-kod HTML. Apabila teknologi web semakin maju, pelbagai pihak membangunkan perisian pembangun tapak web yang lebih mesra pengguna seperti FrontPage dan Dreamweaver.Apa yang saya ingin kongsikan kepada pengunjung blog ini agar dapat kita mendapat sedikit manfaat dari kecanggihan teknologi ICT.Pembangunan software sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pengguna yang bijak dalam mencari perisian yang percuma.Berikut adala perisian percuma yang anda boleh guna untuk membangunkan laman web.
MAX’s HTML Beauty++ 2004 v2.0
- Penyunting HTML termaju ini dilengkapi penanda syntax boleh pilih, penyunting heret & letak, penyunting "tag" klik kanan, acuan, penyemak ejaan & tatabahasa, dan banyak lagi. la juga memiliki dialog pereka "tag" HTML, akses segera kepada "tag" HTML yang sering diguna, penayang imej can pengoptima GIF Ciri tambahannya meliputi skrip Java dalaman, sokongan untuk HTML TIDY prebiu pelayar dalaman, penyunting skrin penuh, panel sumber, dan banyak lagi.
URL: http://www.htmlbeauty.com/
Selida v21.1 SP1
- Penyunting HTML anja ini dilengkapi pelbagai dialog bantuan untuk menulis kod, menyisip imej, pautan clan banya. lagi. la dilengkapi prebiu masa nyata untuk melihat paparan pelayar web ketika menulis kod HTML. la turut menyokong penyempurnaa, "tag" automatik, penanda "syntax" pelbagai warna, clan pemuka visual (WYSIWYG) pilihar Menyokong kod ASP, Java, VB, teks clan alat tambahan seperti pembersih kod, pemampat kod, penyemak ralat, penyemak ejaan can sebagainya.
URL: http://selida.camelon.nl/
Stones WebWriter v3.5.2e
- Penyunting HTML ini juga dilengkapi banyak ciri termaju bagi membina can menyelenggara tapak web. Pemukanya nampak menarik dan profesional dengan sokongan projek, pelayar fail, koleksi skrip, can banyak lagi. Antara cirinya ialah pewarnaan "syntax" boleh pilih, fungsi "tag", clan enjin cari/ganti. la turut dilengkapi penyunting Style Sheet can Image Map, FTP dalaman clan penyemak asas "syntax" HTML. Selain percuma, ia memiliki banyak ciri menarik dan profesional.
URL: http://www.webwriter.dk/
PSPad Editor v4.5.0
- Penyunting pengaturcara ini menyokong pelbagai profail penanda "syntax". la juga dilengkapi penyunting "hex", pertukaran CP, pembeza teks, acuan, makro, fungsi penyemak ejaan, penyempurnaan automatik, Code Explorer dan lain-lain lagi. Selain menyokong bahasa pengaturcaraan popular seperti VB, C++, SOL, PHP, ASP clan Python, ia boleh memilih ketetapan "syntax" lanjutan. la juga menyediakan alat untuk menyunting HTML, berintegrasi dengan TopStyle Lite, dan TidyHTML.
URL: http://www.pspad.com
CatsCradle v3.3
- Menyediakan cara mudah untuk menterjemah laman web. la mengekstrak teks dari laman web untuk disunting dan diterjemah tanpa melibatkan kod HTML. Skrin suntingan dalamannya membolehkan suntingan sisi ke sisi dan terdapat prebiu masa nyata untuk laman yang diterjemah. Ciri lain termasuklah glosari dalaman dengan cadangan perkataan dan frasa yang sesuai, katalog fail projek, dengan penghitung perkataan. Anda boleh menyunting teks pada laman web tanpa melibatkan kodnya.
URL: http://www.stormdance.net
NVU v1.0
- Menyunting laman web secara visual selain menyunting kod. la juga menyediakan prebiu masa nyata, paparan "tag", fungsi "upload" FTP, ruang projek, penyemak ejaan, dan penyunting CSS. Pemuka yang disediakan membolehkan akses segera kepada "tag" yang sering digunakan, prebiu pelayar web dan panduan mencipta elemen laman yang sering digunakan. Perisian sumber terbuka ini berasaskan enjin Gecko (Mozilla), menyediakan persekitaran mudah untuk pengguna baru clan mahir.
URL: http://www.nvu.com/
Pcrtelio v1.05.0032
- Mampu menyunting clan mengemaskini tapak web menerusi Internet Explorer. la berfungsi sebagai "plug-in" yang boleh menukarkan laman web menjadi versi yang boleh disunting. la juga boleh mencipta jadual, membuang/menukar imej, memformat teks, dan menyunting pautan (link). Boleh menyunting sumber HTML dan melakukan proses "upload" secara terus. la boleh membatalkan perubahan pada laman web untuk ke versi sebelumnya. Boleh melakukan suntingan mudah dan rumit.
URL: http://www.portello.org
Matrix Y2K v2005SE
- Penyunting kod HTML ini sesuai untuk pengguna baru dan mahir. Ciri-cirinya meliputi akses segera kepada "tag" yang selalu diguna, pemuka berbilang dokumen, penanda "syntax", cari/ganti dan banyak lagi. Ciri iCode Insidei contohnya boleh mencipta membina koleksi skrip yang boleh diakses menerusi kata kunci dan pintasan. Menyediakan prebiu dalaman dengan enjin Mozilla atau IE, prebiu pelayar luaran, menyokong PHP, dan lain-lain lagi. Dokumen rujukan turut disediakan.
URL: http://www.crystalfibers.com
AEdiX Suite v3.0.5 beta
- Perisian pengekod dan penyunting ini direka khas untuk pembangun web. la dilengkapi penanda "syntax" banyak bahasa (HTML, PHP, ASP, C, C++, Pascal, Java, JavaScript, Pen, VBScript, SOL, ASM, Sphere script), acuan berasaskan skrip dan intergrasi dengan HTML Tidy untuk menyemak kod. la menyokong saiz fail yang tidak terhad dan menawarkan pemuka bersih dan mudah digunakan. Ciri-ciri tambahannya termasuk klien FTP dalaman, fungsi cari/ganti dan penyunting "hex".
URL: http://www.kt2k.com
HTMLGate FREE v12.2.1B
- Penyunting HTML ini dilengkapi ciri termaju clan menyokong pelbagai bahasa skrip web. la dilengkapi pemuka ramah pengguna, pengurus projek, koleksi kod, FTP dalaman, penanda "syntax", dan lain-lain lagi. Ciri termajunya meliputi sokongan skrip Java, animasi DHTML, XHTML, XML, clan Cookies. Pemukanya pula boleh dipilih, boleh mencari fail, boleh mengakses kod, clan mengurus projek. Peralatan untuk kesan khas, pengoptimaan, penukar format imej juga disediakan.
URL: http://www.mpsoftware.dk/
DHE Web Editor v1.8
- Penyunting HTML ini memanfaatkan teknik CSS untuk mereka bentuk laman web. Ini meliputi kelebihan CSS yang tiada pada HTML biasa. CSS serasi dengan semua pelayar web utama supaya paparan laman web nampak sama. Perisian ini boleh mencipta laman HTML, ASP, PHP, CFM, JSP, XML dan boleh menyisipkan kod perlu. Anda boleh mengimport imej, mengaitkan acara dengan label, gambar, ruang input can banyak lagi. Sesuai untuk pengguna baru can yang mahir CSS.
URL: http://www.hexagora.com/home.htm
Svoi.NET PHP Edit v5.3
- Boleh menyunting, menguji, can menyemak skrip PHP selain laman-laman HTML/XML. Memiliki penanda automatik "syntax" untuk PHP, Perl, HTML, XML, Java, Javascript, VBScript, CSS, SOL, C++, can Python. la juga boleh mengkod PHP can menyediakan butang untuk menyisipkan kod biasa, can pemboleh ubah. Ciri tambahannya meliputi prebiu pelayar, sokongan heret can letak, pengurus fail, penyokong projek, cetakan "syntax", cari/ganti can standard penyunting lain.
URL: http://phpedit.com.ua/
Sunday, October 05, 2008
Bagaimana Web Bernyawa
Bayangkan maklumat yang anda akan terlepas jika sehari anda tidak melayari Internet. Kebanyakan antara kita mengambil ringan maklumat yang boleh didapati melalui perantaraan pelayar Web seperti ramalan cuaca, maklumat saham, muzik terkini dan berita semasa.
Kira-kira 3 tahun lalu, ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Ada di antara berita yang dapat dicapai sudah lapuk dan bukan maklumat yang terkini. Banyak perubahan telah berlaku kepada keupayaan capaian Internet sehinggakan anda boleh mendapat maklumat dengan mudah dalam satu jangka masa yang pendek.
Segalanya adalah disebabkan oleh pelayar Web. Kewujudan WWW atau "World Wide Web" dan pelayar Web telah memungkinkan penggunaan Internet secara berleluasa serta mudah. Anda tentu tidak mahu melayari Web jika maklumat yang dipaparkan semata-mata teks dan tiada gambar atau grafik. Penggunaan grafik dan penggunaan tetikus untuk memandu arah mendorong pengguna melayari Internet untuk mendapatkan maklumat. Dalam lain erti kata lain, pelayar Web memainkan peranan sebagai media penghubung di dalam Internet.Asas Pelayar WebAnda perlu terlebih dahulu memahami teknologi disebalik Web, bagi membolehkan anda memahami bagaimana pelayar Web berfungsi.
Sebelas tahun yang lalu (1990), Tim Berners-Lee, yang ketika itu bekerja dengan CERN (pusat ujikaji fizik di Eropah) di Geneva, mendapat idea membolehkan manusia berkongsi pengetahuan dan kerja dengan bantuan dokumen bersambungkan hiperteks. Projek ini dipanggil WWW (World Wide Web) yang bermula di dalam tahun 1989. Pada Oktober 1990, Berners-Lee telah menulis perisian untuk pelayan Web dan pelayar Web yang pertama.
Hiperteks
Kunci utama kepada Web ialah hiperteks. Terma hiperteks mula diperkenalkan oleh Ted Nelson di pertengahan tahun 1960an. Hiperteks menyambungkan dokumen di dalam Web antara satu sama lain melalui hiperlink. Di dalam Web, sambungan hiper (hyperlink) merupakan kawasan di mana apabila diklik padanya ia akan membawa anda ke dokumen lain. Misalnya, sambungan hiper di dalam laman Web akan bergaris dan menandakan ia merupakan satu sambungan. Contohnya, sambungan hiper yang berlabel 'Profail', akan buka dokumen yang mengandungi profail anda apabila diklik.
Protokol
Apabila Berners-Lee mula membangunkan produk Web pertama, Unix merupakan sistem network yang digunakan. Secara piawai, TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) menjadi protokol pilihan sambungan PC ke PC kerana ia boleh bersambungan kepada UNIX secara langsung. Pada masa itu, kesemua universiti dan agensi kerajaan telah pun menggunakannya. Faktor ini menyebabkan semua pelayan Web dan pelayar Web menggunakan TCP/IP dan ini telah menjadi piawai di dunia.
TCP/IP menyediakan sambungan antara mesin ke mesin, sementara pelayar Web menjalankan protokolnya sendiri ke atas sambungan ini. Protokol khas ini dinamakan Hypertext Transfer Protocol atau "http" yang digunakan pada alamat (URL) laman Web. HTTP menyediakan mekanisma untuk membuka laman Web dari pelayan Web dengan menggunakan pelayar Web.
Pelayan Web pertama hanya menyediakan teks hiperlink kepada pelayar Web. Pada masa itu tidak terdapat grafik dan animasi pada laman Web seerpti 'rollover button'. Laman Web ketika itu boleh dikatakan tidak terdapat sebarang grafik langsung. Walaupun terdapat perubahan yang radikal, namun konsep keseluruhan laman Web dan pelayar Web masih sama.
Pembikinan Laman Web. Laman Web sebenarnya hanya merupakan dokumen teks yang diatur di dalam set khas yang terdiri daripada 'tag'. Tag merupakan kod atau simbol yang memberitahu bagaimana laman Web harus diformat. Tag ini mendefinisikan dalam dokumen laman Web bagi mendefinasikan sama ada sesuatu teks perlu digelapkan, italik atau digaris, sama ada teks atau imej adalah hiperlink, dan sama ada grafik perlu dipamerkan. Untuk menulis dokumen teks atau laman Web yang menggunakan tag ini, anda perlu menggunakan peraturan HTML (Hypertext Markup Language).
Biasanya, tag adalah berpasangan, permulaan dan penamat tag yang diapit dengan tanda < >. Sebagai contoh, (permulaan tag) dan (penutup tag) merupakan pasangan tag yang anda perlu sertakan pada permulaan dan penamat setiap laman Web. Tanda 'foward slash' ( / ) pada tag penutup membezakan antara dua tag tersebut. Walaubagaimanapun sesetengah tag seperti imej dan hiperlink tidak memerlukan tag penutup.
Laman Web kini adalah sama seperti laman Web 10 tahun yang lalu, mengandungi dokumen teks yang mempunyai beratus-ratus tag yang mendefinisikan rupa bentuk laman Web tersebut. Jika anda hendak melihat tag HTML pada sesuatu laman Web, anda boleh berbuat demikian dengan memilih View > Source, jika anda menggunakan Internet Explorer. Jika anda menggunakan Netscape, anda boleh pilih View > Page Source. Satu tetingkap baru mempamerkan dokumen teks yang dibina menggunakan tag akan dibuka. Anda akan mendapati menyediakan kesemua kod di dalam satu laman Web secara manual bukanlah perkara mudah. Sebelum perisian bergrafik HTML diperkenalkan, kesemua kod disediakan menggunakan editor teks (Notepad).
Laman Web
Pelayar Web memainkan peranan untuk menjadikan teks dokumen ini sebuah laman Web berinteraktif yang dipenuhi dengan grafik dan pelbagai objek lain.
Tugas utama pelayar Web ialah untuk menterjemahkan dokumen HTML dan mempamerkan rupa bentuk laman Web kepada anda. Pelayar Web akan membaca dokumen teks, membaca kesemua tag, dan menterjemahkan tag berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh W3C (World Wide Web Consortium). W3C juga menerbitkan standard HTML untuk semua pembangun laman Web. Sejauh mana pembangun laman Web mematuhi peraturan ini menentukan bagaimana pelayar Web menterjemah sesuatu dokumen. Anda tentu pernah berhadapan dengan laman Web yang sama tetapi dipamerkan berbeza di dalam Internet Explorer dan Netscape. Ini semua bergantung kepada bagaimana pelayar Web mengendalikan tag tersebut.
Proses sebenar bagi mempamerkan sesuatu laman Web adalah lebih kompleks. Pelayar Web tidak hanya terus 'mengambil' laman Web yang lengkap dari pelayan Web untuk dipamerkan kepada pengguna. Ia perlu menjalankan analisa ke atas laman Web tersebut terlebih dahulu. Misalnya, pelayar Web perlu membaca dokumen tersebut dari tag ke , bagi menentukan aturan untuk membina struktur grafik sesuatu laman Web.
Di bawah ialah contoh tag asas yang terdapat di dalam sesuatu laman Web.
Di bawah ini pula contoh kandungan dalam laman Web tersebut.

Jika anda lihat, tag
Cuba anda semak pasangan tag yang terdapat pada keseluruhan laman Web ini. Tag-tag lain yang selalu dipakai adalah seperti tag jadual, gaya font dan lain-lain format.Memilih Pelayar Web
Anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih pelayar Web untuk kegunaan melayari Web. Anda tidak perlu setia menggunakan pelayar Web yang terdapat dalam sistem operasi komputer anda. Sesetengah pelayar Web beroperasi menggunakan platform khas di mana ia hanya boleh berfungsi menggunakan sistem Sun Solaris atau BeOS. Pelayar Web lain seperti Opera dapat beroperasi menggunakan pelbagai platform.
Microsoft dan Netscape merupakan dua syarikat menguasai pasaran pelayar Web. Dua vendor mewakili 94% dari akaun bagi pasaran pelayar Web, di mana Microsoft Internet Explorer diwakili oleh 76% dari jumlah tersebut. Dua pelayar Web lain yang popular ialah Opera dan NeoPlanet, mewakili peratusan selebihnya.
Sungguhpun peratusan ini menunjukkan Microsoft sebagai dominan ke atas pasaran pelayar Web, anda tidak patut tidak mengindahkan pelayar Web lain. Pasaran ini berubah setiap masa, di mana Opera telah mengumumkan rancangan tentang rekaan terbarunya iaitu Opera 5 untuk Windows pada Disember 1, 2000. Ini merupakan pelayar Web Opera secara percuma yang pertama diperkenalkan, dan ini boleh mengubah kedudukannya di dalam persaingan yang terdapat antara pelayar Web.
Jadi, pelayar Web mana yang patut anda pilih? Jangan hanya menggunakan pelayar Web yang terkandung di dalam sistem komputer anda. Cubalah menggunakan pelayar Web lain dan lihat perbezaannya. Anda perlu ingat yang anda tidak terhad menggunakan satu pelayar Web sahaja. Lebih mudah menggunakan beberapa pelayar Web dalam satu masa kerana ia boleh membantu anda membuka seberapa banyak laman Web serentak.
sumbangan:http://jalalmpc.tripod.com
seterusnya..
Monday, September 22, 2008
Buat Blog Roll
Untuk mendapatkan kotak Blogroll, yang paling asas kena memahami kod html,java script dan juga kod css dengan lebih mendalam dan terperinci.Cuba lihat kod yang dipaparkan untuk lebih jelas…kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan Blog yang dihasilkan selama ini hancur berkecai..Jangan lupa untuk backup blog demo tu yang lebih penting…aku selalu bagi ingat kat semua member yang aku ajar jangan lupa backup blog yang telah dihasilkan kerana macam-macam boleh terjadi.Jangan jadikan mimpi ngeri tu menjadi kenyataan seperti yang pernah berlaku pada blog peribadi aku dulu dan ianya mungkin boleh terjadi kepada blog-blog lain yang telah diusahakan selama ini. Untuk Dapatkan kod HTML sila download fail dari blog ni ataupun email kan aku alamat email mu.Dalam blog ni kod tidak dapat dicopy sebab aku telah blok dan halang.
Cuba perhatikan betul-betul kod tersebut.
1. Kotak Blogroll Model Text Area
Contohnya seperti kotak blog roll blog sekolah aku tu,begini cara untuk membuatnya :
Pasang code berikut ini di dalam element blog demo (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)
#link1
#link2
#link3
#link...
keterangan:
- Kode width: 200px; dan height: 200px; adalah ukuran lebar dan panjang kotak,demo boleh mengubahnya dan menyesuaikanya dengan ukuran yang demo suka.
- Ganti tulisan "#link1,#link2, #link3 dst" dengan daftar link-link demo, boleh diisi dengan banner link.
- Jika demo ingin daftar link-linknya berjajar seperti blog yang aku buat, maka hilangkan kode
2. Kotak Blogroll Model Marquee
Kotak ini juga mampu menampung banyak link dalam tempat yang sempit. Namun kotak blog roll ini berbeza dengan kotak yg diatas, karena kotak yang ini tidak memiliki rollbar (yg biasanya disebelah kanan terus ditarik keatas kebawah ). Link-link atau isi didalam kotak ini akan bergerak/berjalan secara vertikal ataupun secara horizontal. Beginilah cara cara buatnya:
Pasang code berikut ini di kedalam element demo (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)
onmouseover='this.stop()' onmouseout='this.start()' width="95%" >
#link1
#link2
#link3
#link...
Keterangan :
- Kode "up" itu menunjukan arah pergerakan tulisan,kalau left maka tulisan tersebut akan bergerak dari kiri dan kalau up akan keatas. Demo boleh menggantinya dengan down, left, right
- Jika demo menggantinya dengan pergerakan horizontal (left atau right) maka hilangkan kode
.
- Angka "100" menunjukkan tinggi dari kotak blogroll demo. Semakin banyak angkanya maka semakin tinggi pula ukuran blogroll.