Bagi memastikan visi dan misi tercapai selaras dengan kehendak KPM maka satu Program Perkemahan Perdana Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka telah diadakan bertujuan untuk memantapkan JERI (Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek) murid-murid sksc.Dengan objektif murid-murid yang berjaya mengikuti perkhemahan ini dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam konteks kehidupan setiap hari. Perkhemahan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 22,23 dan 24 Oktober 2009
Tempat: Padang SKSC.
Tuesday, October 20, 2009
PERKHEMAHAN PERDANA 2009 : PERINGKAT SKSC
Thursday, October 01, 2009
PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DAN PENGETUA
Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.
3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:
3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah
3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32
(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :
(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan
(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.
3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34
(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.
(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.
(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.
3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)
(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.
3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.
3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah
3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44
(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .
(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :
(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.
3.2.2 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48
(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.
(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.
(c) GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.
(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.
3.2.3 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52
(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.
3.2.4 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.
3.2.5 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.
3.2.6 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)
(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.
3.2.7 Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)
(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :
(i) Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii) Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii) Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv) Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.
3.2.8 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.
4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.
5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang Ikhlas,
( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Wednesday, September 09, 2009
Lailatul Qadar
Hari ini apabila ustaz masuk ke kelas kelihatan murid-murid tahun 4B5 begitu layu dan letih,mungkin kerana berpuasa bisik hati kecil ku.Dalam keadaan yang begitu aku ligat untuk mencari idea bagaimana nak mengalihkan pemikiran murid-murid terhadap rasa lapar..Baiklah hari ni ustaz akan ceritakan kepada kamu kisah lailatul qadar.Siapa yang dah tahu boleh datang depan ceritakan pada sahabat-sahabat kamu..Amirul lantas bangun dan berkata..ustaz lah yang cerita kat kami..baru best..sambil kawan-kawannya yang lain mengiakan.Baiklah ustaz akan ceritakan kepada kamu mengena lailatul qadar.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Malam lailatul qadar ialah adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita semua berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh..murid-murid tergaman mendengarnya lantas zainab mencelah..kalau macam tu ustaz saya nak berdoa supaya saya jadi cantik dan kulit saya putih...?ustaz tersenyum sambil melurutkan janggut yang tinggal tak berapa banyak lagi...bukan macam tu zainab! yang Allah dah takdirkan kepada kita sudah tercatat iaitu qada Allah.Tapi kita bukan sahaja berdoa kepada Allah supaya cantik rupa paras tetapi supaya cantik akhlak dan putih iman.Berkata saya untuk mengalihkan pandangan zainab tadi..hamdan pula menyampuk..kalau macam tu malam ni saya doa pada tuhan biar saya jadi pandai macam ustaz..bolehkan?? ustaz..Boleh, apa saja yang kita doakan insyaallah akan dimakbulkan Allah asalkan doa kita bukan untuk bertujuan jahat,jawab saya..baiklah murid-murid bila akan berlakunya malam lailatul qadar..iaitu disekitar bilangan sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan.bermakna bermula dari 20 ramadan sehinggalah berakhirnya puasa kita mesti cari malam itu..mudah-mudahan kita dipertemukan oleh allah...belum sempat saya menyambung cerita lonceng sudah pun berbunyi menandakan peralihan waktu matapelajaran lain.Baiklah murid-murid siapa yang mahu mencari malam lailatul qadar kenalah rajin berjaga malam mengerjakan solat sunat hajat,tahajud dan sebagainya..insyaallah kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar.Baiklah kita akan sambung cerita lailatul qadar pada waktu lain..semua bangun...syukran lakaya ustaz bergema melaungkan ucapan terima kasih.
Ustaz terus termanggu mengenangkan kata-kata zainab tadi yang ingin berdoa supaya dirinya cantik dan putih.Hati ini mahu menangis bila mengenangkan nasib zainab yang dilahirkan kedunia dengan keadaan cacat rupanya dan kulit yang kehitaman amat berbeza sekali dengan murid-murid perempuan lain.Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui dari apa yang manusia tidak ketahui..doaku..sambil air mata ku mengalir.."Ya Allah, tolonglah kami untuk tabah melakukan ibadah pada malam kemuliaan. Berikan kepada kami berkat kebajikannya. Ampunilah kami.Terimalah permohonan kami agar Engkau berkenan membebaskan kami semua dari siksa neraka. Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang maha mendengar dan yang maha mengabulkan doa. Semoga shalawat dan salam sejahtera Allah senantiasa terlimpah bagi hamba dan Rasul-Nya yang mulia Muhammad SAW".
Inilah hikmah dan rahmat yang tersembunyi yang dijadikan allah.Allah jadikan malam lailatul qadar tapi allah rahsiakan harinya,supaya manusia yang dahagakan rahmat Allah akan bermunajat mencari malam tersebut.Malam yang lebih baik dari seribu bulan.Bayangkan sekali sahaja kita bertemu dengan malam itu maka kita akan mendapat rahmat berganda melebihi seribu bulan yang telah Allah janjikan dalam surah Al-Qadar.Berbalik kepada kisah zainab tadi marilah kita merenungi bahawa bukan apa yang kita minta pada malam itu akan mengubah segalanya kerana itu adalah Qada Mubran yang ditetapkan oleh Allah.Namun demikian sebagai hambanya yang beriman kita masih ada masa untuk kita dapatkan dan rebutkan apa yang dikatakan doa mustajab pada malam itu..berdoalah supaya kita ditetapkan iman,mati dalam islam,dipanjangkan umur,dilapangkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.Persoalan Kenapa Allah taala jadikan lailatul qadar kepada umat muhammad s.a.w sahaja dan bukanlah kepada umat lain seringkali bermain dikotak fikiran setiap manusia.Inilah kerana kehebatan dan keagungan Nabi kita sebagai Kekasih Allah.Kalau difikirkan dengan akal kita yang cetek ini manakan mungkin kita akan berikan sesuatu yang tidak berguna untuk orang yang kita sayangi.Mestilah dibelikan hadiah yang mahal-mahal,rantai emas,berlian dan intan.Apatah lagi Nabi yang begitu dekat dengan Allah semestinya lah diberikan sesuatu yang mahal oleh Allah kepada kekasihnya Muhammad s.a.w.Lailatul Qadar dapat dinikmati oleh seluruh manusia akhir zaman,asalkan kita rajin mencarinya.Hadiah terbesar juga yang diberikan kepada Nabi Muhammad kepada umatnya.Maka tidak hairanlah apabila samapai akhir Ramadan Nabi sendiri akan berjaga malam dan tidak tidur kerana sayangkan Lailatul Qadar ,akan tetapi umat hari ini hampir berlawanan dengan sunnah nabi, berjaga malam semata-mata untuk melihat perlawanan bola sepak dan tayangan larut malam.Sayangnya waktu yang terluang...gunalah masa yang ada untuk bertafakur,berzikir dan beribadah kepada Allah selagi nyawa masih ada.Buat anak muridku bernama Zainab sesungguhnya anda hamba yang dikasihi Allah dan orang yang dikasihi Allah akan diuji keimananya.Mudah-mudahan kita ditemukannya....dengan Lailatul Qadar.Semoga kisah zainab dengan Amirul dapat dijadikan sebagai renungan kita sebagai manusia yang lemah."Kalau Allah kehendaki dan ingin memberikan sesuatu cukuplah dengan katanya 'kun fayakun' maka akan jadilah tetapi sebagai manusia ikhtiar dan usaha seharusnya ada dalam pegangan diri dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah agar permintaan dan harapan kita akan mendapat perkenan dari Allah.
catatan dari ilham rasa Ustaz Mohd suffian.Penulis ialah guru Pendidikan Islam SKSC
Friday, September 04, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009
Tanggal 8/09/2009 merupakan satu detik yang penuh dengan cabaran.Pada tanggal itulah anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2009.Semoga ALLAH lapangkan fikiran mereka serta diberi pertolongan dalam menghadapi peperiksaan tersebut.Kamu guru-guru SKSC dengan penuh takzimnya mengharapkan agar anak-anak didik beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini nanti.Sebagai muslim kita wajar berdoa kepada Allah setelah berusaha dengan penuh daya dan tenaga.Seterusnya selepas kita berdoa maka hendaklah kita bertawwakal kepada Allah.Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan..
Friday, August 28, 2009
MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2009
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Solat Hajat sempena menghadapi UPSR akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 4 September 2009
Hari:Jumaat
Masa:2.30 petang (selepas solat jumaat)
Pihak sekolah dengan ini menjemput ibubapa dan juga guru-guru untuk sama-sama kita bermohon kepada Allah agar anak-anak kita mendapat petunjuk dan pertolongan dalam menghadapi peperiksaan nanti.
Wednesday, August 19, 2009
ABC KEHIDUPAN
A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
sumber:Kelab Bimbingan & Kaunseling
Tuesday, August 18, 2009
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
PENULARAN WABAK H1N1 SEBAHAGIAN DARIPADA BALA DAN JUGA UJIAN ALLAH.MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU,SEBAGAI HAMBA YANG BERIMAN KITA WAJAR PERCAYA BAHAWA BALA DAN UJIAN INI SEBAGAI SALAH SATU UJIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA.SEBAGAI ORANG ISLAM SELAIN DARI USAHA UNTUK MENGUBATI PENYAKIT TERSEBUT KEPERLUAN UNTUK BERDOA KEPADA ALLAH JUGA AMATLAH PENTING SABAGAI MEMOHON KERAHMATAN DAN PERTOLONGAN DARI ALLAH.SEHUBUNGAN DENGAN ITU PANITIA SKSC DAN JUGA PEJABAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG AKAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN BAGI MENOLAK BALA DAN WABAK.BERIKUT IALAH TENTATIF MAJLIS:
Tarikh:20 Ogos 2009
Tempat:Surau SKSC
Masa:7.45 pagi.
DENGAN ITU DIMINTA KERJASAMA MURID DAN JUGA GURU UNTUK BERSAMA-SAMA KITA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SUPAYA KITA SAMA-SAMA TERLEPAS DARI BALA DAN WABAK INI.AMIN
seterusnya..
Saturday, August 15, 2009
DOA YANG MENYESATKAN
ASSALAMUALAIKUM buat semua sahabat disekolah,anak-anak didik dan semua rakan-rakan dimaya ini.Marilah sama-sama kita berkongsi maklumat mengenai sebahagia doa yang boleh dikatakan menyeleweng dari ajaran islam.Sila perhatikan doa tersebut dan cuba buat renungan sendiri dan bandingkan doa yang dianjurkan islam dan yang telah diajarkan oleh Nabi S.a.w Cuba lihat doa yang betul dan yang telah disarankan oleh islam iaitu
Doa
Tuesday, August 11, 2009
FAKTA H1N1
Soalan Lazim
Apakah itu penyakit Influenza?
* Sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus Influenza A (H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada percampuran genetic virus influenza babi, burung dan manusia.
Bagaimana kita boleh dijangkiti?
* Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus?
* Selagi mereka mempunyai gejala pesakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami tanda terutamanya ketika demam. Kanak-kanak boleh nenyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
Adakah vaksin khusus untuk melindungi diri?
* Sehingga kini belum ada vaksin khusus namun usaha penghasilannya sedang dijalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan H1N1.
Bolehkah antiviral mencegah jangkitan?
* Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat ini. Akhirnya mengakibatkan ubat ini tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
Golongan berisiko tinggi?
* Kanak-kanak berusia kurang lima tahun
* Individu berusia 65 tahun ke atas
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, di talian 03-88810200 / 0300 (8 pagi - 5 petang); emel ke cprc@moh.gov.my atau layari laman web http://h1n1.moh.gov.my
HUBUNGI KAMI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEMPAKA,
JALAN RAMBUTAN RENDANG,
16100 KOTA BHARU,
KELANTAN.
TELEFON:097735412
GURU BESAR: ENCIK MOHD SHUKRY BIN HUSSIN
Wednesday, August 05, 2009
GURU BESAR SKSC
GURU BESAR SKSC:
ENCIK MOHD SHUKRY BIN HUSSIN
Tidak lupa juga kepada Warga SKSC yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat waja dalam meneruskan tugas sebagai pewaris para nabi dalam mendidik dan menyalurkan ilmu kepada nusa dan bangsa.Setinggi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada AJK blog kerana berjaya menghasilkan blog ini dengan menarik dan kemas.
Dalam era ledakan maklumat serta kecanggihan teknologi komunikasi, kita harus berani mengorak langkah menghadapi cabaran glokal baru dan bersiap sedia mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan perkembangan semasa demi melangkah ke hadapan menuju wawasan 2020.Sesuai dengan inspirasi dan visi KPM kearah pembestarian sekolah.
Dengan adanya teknologi yang moden dan canggih dalam bidang komunikasi telah secara tidak langsung menjadikan dunia ini seolah-olahnya lebih kecil dibandingkan dengan masa-masa yang lepas. Kini kita dapat memperolehi maklumat dari merata dunia dengan cepat dan tepat.Dunia kini dengan versi teknologi seolah-olah berada dekat dimata dengan perkongsian bestari segala maklumat dan informasi.
Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk memantapkan lagi pengetahuan khasnya dalam bidang teknologi komputer. Justeru itu, pihak sekolah telah mengorak langkah untuk menyediakan blog tersendiri. Semoga kita akan dapat berkongsi pengalaman demi kemajuan dan kepentingan sekolah, murid-murid, masyarakat serta negara.
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tuan/puan melawat ke blog kami.Semoga apa yang telah dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat mengangkat mertabat SKSC dimata dunia dan negara Malaysia secara amnya.Harapan saya semoga blog ini menjadi pemangkin kearah merealisasikan pembestarian sekolah pada masa hadapan.
Salam Hormat dari;
Mohd Shukry b. Hussin
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka.
PENOLONG KANAN 1:
PUAN NORIAH BINTI MUDA
PENOLONG KANAN HEM:
ENCIK DZULKIPLY BIN CHE ABDULLAH
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM :
CHE SYAFIE BIN CHE OMAR
seterusnya..
Tuesday, August 04, 2009
KEBAIKAN BUAH KURMA
RAMADHAN akan menjelang tidak lama lagi.Bulan yang disebut-sebut oleh Allah sebagai bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kebahagiaan.Bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman.Namum dalam artikel ini bukanlah persoalan bulan Ramadhan yang akan dibincangkan kerana RAMADHAN jika ingin dibincangkan seluas 7 lautan pun tidak akan kering dengan limpahan ilmu dan kerahmatan Allah.Seringkali apabila saya masuk kekelas maka anak murid akan bertanya..ustaz kenapa sunat berbuka puasa dengan buah kurma? dan apa khasiat buah kurma?Persoalan ini akan saya kupas dengan menelusuri sumber-sumber asli dari internet dan akhirnya saya telah terjumpa dengan artikel ini.Semoga apa yang dipaparkan ini akan dapat dikongsi oleh anak murid ustaz disksc dan umat islam semua.Terima kasih kepada pengirim artikel ini yang tidak mahu disebutkan namanya.Semoga allah mencucuri keberkatan..
KELEBIHAN BUAH KURMA
Kurma memang paling popular menjelang bulan Ramadan. Buah yang punya banyak kelebihan ini sepatutnya tidak dimakan ketika Ramadan saja sebaliknya sepanjang masa. Namun kebanyakan kita menjadikan buah anggur dan apel sebagai makanan wajib untuk mendapatkan khasiat walau sebenarnya kurma lebih banyak kelebihannya. Kurma berkemampuan mencergaskan badan dalam kadar segera sebab itu sunat umat Islam menjamahnya ketika berbuka puasa. Antara Kelebihan Kurma:
KESIHATAN
a) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)
b) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
c) Membunuh Kuman Dalam Badan, Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
KECERDASAN MINDA
a) Bagi tujuan mencapai kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
b) Tenaga Segera dalam Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".
KHASIAT KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)
Komposisi Nutrisi Buah Kurma bagi setiap hidangan 100 gram
(Nutrient units value per 100 grams of edible portion )
Water : 21.32 g
Energy in kcal: 277
Energy in kj: 1160
Protein: 181 g
Total lipid (fat): 0.15 g
Ash: 1.74 g
Carbohydrate, by difference: 74.97 g
Fiber, total dietary: 6.7 g
Sugars, total: 66.47 g
Sucrose: 0.53 g
Glucose (dextrose): 33.68 g
Fructose : 31.95 g
Lactose: 0.00 g
Maltose: 0.30 g
Galactose: 0.00 g
Minerals
Calcium, Ca: 64 mg
Iron, Fe: 0.90 mg
Magnesium, Mg: 0.54 mg
Phosphorus, P: 0.62 mg
Potassium, K : 696 mg
Sodium, Na: 1 mg
Zinc, Zn: 0.44mg
Copper, Cu: 0.362 mg
Manganese, Mn: 0.296 mg
Vitamins
Vitamin C, total ascorbic acid: 10.0 mg
Thiamin: 0.050 mg
Riboflavin : 0.060 mg
Niacin: 1.610 mg
Pantothenic acid: 0.805 mg
Vitamin B-6: 02.49 mg
Folate, total: 15 mcg
Folic acid: 0 mcg
Folate, food: 15 mcg
Folate, DFE: 15 mcg-DFE
Vitamin A, IU: 149
Vitamin A, RAE: 7 mcg-RAE
Vitamin K (phylloquinone): 2.7 mcg
(USFDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release #17 Year 2004)
Monday, August 03, 2009
NISFU SYAABAN.
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam
Tuesday, June 23, 2009
Laksana tugas perkeranian, kokurikulum
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
Laksana tugas perkeranian, kokurikulum
KUALA LUMPUR: Kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan bagi meringankan beban guru yang terpaksa menjalankan 'kerja sosial' di luar tugasan seperti mengemas kini rekod, logistik, kegiatan kokurikulum dan ada antaranya menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan sekolah.
Ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata jika cadangan itu dilaksanakan, pekerja am ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan program penilaian prestasi sekolah yang dijangka pada 2010 atau 2011.
Katanya, kini sudah ada pembantu guru tetapi cuma disediakan untuk kelas pendidikan khas di sekolah tertentu, sedangkan pembantu itu patut disediakan pada semua 10,000 sekolah di seluruh negara.
"Jika ini dilaksanakan, setiap sekolah akan menerima pembantu guru mengikut jumlah murid.
"Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.
"Tugas mengajar yang lebih penting, tiada guru yang mahu muridnya gagal, tetapi jika terlalu banyak beban, mereka akan kepenatan dan hilang fokus.
"Bagaimana nak mengajar, sudah tentu kualitinya merosot," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng dan pemimpin kanan NUTP. Sebelum itu, beliau menghadiri Seminar Pendidikan NUTP yang membincangkan mengenai Penilaian berasaskan sekolah dan Transformasi Pendidikan.
Pembantu guru paling ideal atau minimum diperlukan ialah nisbah 500 (murid): 1 (pembantu) dan berdasarkan jumlah murid serta pelajar mencecah 5.5 juta orang, pembantu guru diperlukan ialah 11,000.
Hashim berkata, pembantu guru tidak mencampuri tugas mengajar, cuma membantu guru dari aspek lain termasuk kegiatan kokurikulum seperti urusan mengendalikan latihan, pertandingan sukan atau aktiviti persatuan.
"Jika tugas itu dijalankan pembantu, tidak timbul masalah kelas ditunda atau digantikan guru lain yang semestinya tidak mengajar di kelas ganti kerana berlainan subjek," katanya.
NUTP juga meminta kerajaan menangguhkan sementara cadangan mewajibkan pelajar lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat mendapatkan sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menyifatkan guru tidak mencukupi dan belum tiba masanya untuk dilaksanakan.
"Kena kaji masalah guru di luar bandar. Kita perlukan guru pengkhususan Bahasa Inggeris, bukan setakat tangkap muat. Ini tidak menjamin kualiti, bagaimana ajar murid sedangkan guru pun tak cukup bagus, " katanya. - Berita Harian (21 Jun 2009)
Wednesday, May 13, 2009
SELAMAT HARI GURU
SKSC MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI SK SERI CHEMPAKA.TERIMA KASIH GURU KERANA MENDIDIK ANAK BANGSA TANPA MENGENAL PENAT DAN JEMU..
TEMA: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
SEMOGA IMPIAN UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG DAN TERBILANG MENJADI KENYATAAN.
Wednesday, April 22, 2009
NOTIS MESYUARAT PIBG
ASSALAMUALAIKUM.
Adalah dimaklumkan kepada semua guru dan juga ibu bapa
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT;
TARIKH: 30 APRIL 2009
HARI:KHAMIS
MASA:2.30 PTG
TEMPAT:
DEWAN ANJUNG SERI.
SEK KEB.SERI CHEMPAKA.
KOTA BHARU,
KELANTAN.
PERASMIAN OLEH:
YBhg.ENCIK DALI BIN HUSSIN
TIMBALAN PENGERUSI.
MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN.
Harapan pihak sekolah agar semua guru dan ibu bapa dapat hadir beramai-ramai bagi menjayakan agenda kearah kecemerlangan sekolah.
seterusnya..
Tuesday, April 14, 2009
PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEMPAKA MENGUCAPKAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM.KAMI WARGA SKSC MENYANJUNG TINGGI KEPIMPINANMU.
TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PELAJARAN
KABINET BAHARU 2009 sila ke link
Monday, February 23, 2009
UBB:UJIAN BERPUSAT BERKALA
MINGGU INI AKAN DIADAKAN UJIAN BERPUSAT BERKALA (UBB)UNTUK SEMUA MURID SKSC.JADI DIKESEMPATAN YANG ADA INI.GUNAKAN MASA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN.BERIKUT IALAH TARIKH UJIAN YANG AKAN DIADAKAN.SELAMAT BERJAYA BUAT MURID-MURID SKSC.
ISNIN
23 FEBRUARI 2009
SELASA 24 FEBRUARI 2009
RABU 25 FEBRUARI 2009
TIADA KEJAYAAN YANG DICAPAI MELAINKAN IANYA LAHIR DARI USAHA YANG BERTERUSAN
Sunday, February 15, 2009
SELAMAT BERPINDAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BARU..
Selamat bertugas ditempat baharu buat:
Tuan Haji Johari bin Jaafar
yang akan meneruskan tugas baru beliau Di:
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
SKSC telah kehilangan seorang guru yang begitu dedikasi dengan tugasnya.Sepanjang perkhidmatan beliau selama 2 tahun disekolah ini banyak idea dan buah fikiran beliau telah disumbangkan untuk membangunkan sekolah.Beliau amat disegani dan disenangi oleh rakan-rakan disekolah dan boleh dikatakan sebagai pakar rujuk dan pakar menyelesaikan masalah.Bagi pihak warga SKSC kami mengucapkan SELAMAT BERTUGAS.Jangan lupa jenguk-jenguk kami disini.
Jasa anda kami kenang,budi anda kami hargai..Wassalam
Sunday, February 08, 2009
SKSC NAIB JOHAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT QIT PENGKALAN CHEPA
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam kerana hasil usaha serta latihan intesif yang dijalankan maka Pasukan Sepak Takraw SKSC telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat Qit Pengkalan Chepa.Bagi pihak sekolah diucapkan sekalung tahniah diatas kejayaan pasukan ini menjadi naib juara.
JURULATIH SEPAKTAKRAW SEKOLAH:
1.USTAZ MOHD SUFFIAN B MAT NAPI
2.USTAZ WAN AB.MUTALIB B WAN ZAKARIA
3.CIKGU MOHD HASHIM BIN DAUD.
PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PENERIMAAN WATIKAH
Pada hari ini 8 Februari 2009 berlangsung Majlis Perlantikan Pengawas Dan Penerimaan Watikah.Perlantikan Pengawas dan Penerimaan Watikah telah disampaikan oleh:
Guru Besar SKSC iaitu Encik Mohd Shukry Bin Hussin.
Semoga mereka menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan bersedia menjalankan amanah yang diberikan.
Monday, February 02, 2009
PERJUMPAAN DAN MOTIVASI
PERJUMPAAN DAN MOTIVASI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 6
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Kecemerlangan UPSR 2009 akan mengadakan Program Perjumpaan Ibubapa dan Murid Tahun 6.Butirannya adalah seperti berikut;
Tarikh: 4 Feb 2009
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Dewan SKSC
Motivator:Ustaz Abd. Hadi Bin Mat Junoh.JPNK
seterusnya..
MAKLUMAN TERKINI.
PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT QIT PENGKALAN CHEPA.
TARIKH: 4 DAN 5 FEBRUARI 2009 (Rabu dan Khamis)
MASA: 2.00 PTG - 5.30 PTG
TEMPAT:GELANGGANG SEPAK TAKRAW SKSC
seterusnya..
TABUNG KEAMANAN PALESTIN
SATU KUTIPAN DERMA BAGI MENGISI TABUNG KEAMANAN PALESTIN PERINGKAT SKSC TELAH DILANCARKAN PADA MINGGU INI.KUTIPAN DERMA AKAN DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU INI BERMULA DARI 1 FEB SEHINGGA 5 FEB 2009.SEMOGA WARGA SKSC DAPAT MENYUMBANGKAN SEDIKIT DARI REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH UNTUK SAUDARA SEAGAMA KITA YANG DITIMPA KESUSAHAN.SEMUA SUMBANGAN TERSEBUT AKAN DISERAHKAN KEPADA WISMA PUTRA UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.
seterusnya..
Monday, January 19, 2009
LAWATAN PEGAWAI PPD KOTA BHARU KE SKSC
KAMI WARGA SKSC MENGALUKAN LAWATAN PEGAWAI PPD KOTA BHARU KE SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEMPAKA.
Tarikh:20 Januari 2009
Masa: 2.00 ptg
Mohon kerjasama dari guru-guru agar dapat menghadirkan diri.
Harap Maklum
seterusnya..
SELAMAT DATANG KE SKSC
SKSC mengucapkan selamat datang kepada guru yang baru bertugas di SKSC.Berikut adalah senarai guru baru yang bertugas di SKSC
1.MOHD ASHRI BIN ZAINAL :
Dari Sk.Chalil.Gua Musang
2.AZMAN BIN MOHAMED :
Dari Sk.Batu Jong.Kuala Krai
3.AIZAL MARIANI BINTI ABD RAHMAN :
Dari Sk.Pasir Hor.Kota Bharu
4.NURAINAH BINTI AJAB :
Dari Sk.Kota Jembal.Kota Bharu
Wednesday, January 07, 2009
SELAMATKAN PALESTIN
SKSC MEMBANTAH TINDAKAN ISRAEL MENYERANG BUMI PALESTIN.SATU TINDAKAN DILUAR PERI KEMANUSIAAN.MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR MEREKA MENDAPAT PERTOLONGAN DARI ALLAH.
Friday, January 02, 2009
JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2009
BERIKUT ADALAH JADUAL GAJI 2009.GUNAKAN GAJI ANDA SECARA BERHEMAH DAN JANGAN LUPA MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN ANDA.BERZAKAT MEMBAWA BERKAT.
Thursday, January 01, 2009
SALAM MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009
SKSC MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009.BAGI MURID SKSC JANGAN LUPA 4 JANUARI 2008 MERUPAKAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN ANDA.PASTIKAN TAHUN INI ADA BERMULA DENGAN LANGKAH UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG.KEDATANGAN ANDA KAMI TUNGGU..
seterusnya..