Apa yang anda tahu tentang Crimeware.? Crimeware merupaka satu program khas yang dicipta untuk mempermudahakan jenayah dalam cyber.Perisian yang dicipta untuk mencuri identiti untuk mengakses akaun pengguna melalui internet.Siapa yang akan jadi mangsa kemungkinanya adalah saya dan anda sendiri.Malahan syarikat kewangan juga tidak akan terlepas dari penyanggak profesional ini yang terdiri daripada golongan cerdik pandai dan pakar dalam ICT.Mereka yang menjadi penyanggak ini kebiasaannya amat mahir dalam mencipta perisian dan amat pakar dalam mencipta serangan virus ditalian internet. TROJAN BOTS PHISHING ADWARE SPYWARE SPAM DIALER
Cuba Anda fahami sifat-sifat perisian tersebut agar kita tidak buta ICT dan tidak malu bila ditanyakan soalan..?Apatah lagi jika kita digelar guru data yang sepatutnya tahu serba sedikit mengenai perisian tersebut.
perisian jahat ini.
Jadi hari ini jangan anda tertukar lagi dengan virus yang menyerang komputer anda kerana cara dan keupayaan amat berbeza sekali.Kenali komputer anda dengan lebih dekat untuk lebih mengetahui perbezaan virus dengan apa yang telah saya senaraikan diatas.
Jika Allah menjadikan manusia dengan keupayaan yang melebihi segala makhluk lain maka Allah menjadikan juga virus yang kecilnya hanyalah sebesar zarah yang mampu membunuh manusia dengan masa yang terdekat.Begitu juga komputer yang secanggih manapun tidak boleh melawan jangkitan virus komputer yang dicipta sendiri oleh manusia.Cuba kita renungi dan hayati
Ustaz Mohd Suffian MN
Friday, October 03, 2008
Penyangak Siber
Saturday, September 20, 2008
Virus komputer

Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran.Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari, seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain digunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.
Mengapa kita memanggil kod jahat ini virus komputer?
Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain.
Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu."
Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.
Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.
Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.
Namum demikian pelbagai serangan yang telah dilakukan oleh virus tersebut yang menyebabkan kerugian yang ditaksirkan oleh Sebuah Organisasi Komputer yang berpengakalan di Amerika mencatatkan jumlah 1 billion setahun.
Biasanya komputer yang dijangkiti virus akan menunjukkan kelembaban dan biasanya satu duplicate fail akan wujud didalam document yang terletak dibahagian C:
Serangan virus bukan setakat kepada sistem OS bahkan sehinggalah kepada Mboard dan juga kepada Bios.
Sebenarnya jika komputer anda dijangkiti Virus jangan lah mengelabah sehinggakan tak tahu apa yang harus dibuat.Cuma sedikit pengetahuan sudah berupaya untuk menentang virus.Pelbagai program antivirus yang wujud dipasaran akan tetapi pilihlah perisian antivirus yang mempunyai kekeuatan untuk melawan varian virus yang wujud.Ingin saya cadangkan disini ialah seperti BitDefender,karpesky,McAfee,Avg09,Nod32 merupakan perisian antivirus yang terbaik.
Jadi jika hari ini komputer anda terkena virus jangan risau dan mengelabah pastikan anda update dahulu antivirus anda dan scan komputer anda seperti biasa.Insyaallah dalam tutorial blog akan datang saya akan kongsikan bagaimana membuang virus melalui sistem bios dan juga melalui medan safemode.
salam hormat:Ustaz Pian
Apa itu hardware dan spyware
Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware Spyware MicrosoftDefender
Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk “pop-up” yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.
Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.
Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.
Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.
Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.
Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.
Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.
Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:
LavasoftAd-Aware
Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:
FirewallBarracuda
Lajukan Windows XP anda
Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:
Defragment Hard Disk Anda
laju-xp-01Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup
laju-xp-02 Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.
Matikan Servis Yang Tidak Perlu
laju-xp-03 Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.
Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.
Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.