Hari ini apabila ustaz masuk ke kelas kelihatan murid-murid tahun 4B5 begitu layu dan letih,mungkin kerana berpuasa bisik hati kecil ku.Dalam keadaan yang begitu aku ligat untuk mencari idea bagaimana nak mengalihkan pemikiran murid-murid terhadap rasa lapar..Baiklah hari ni ustaz akan ceritakan kepada kamu kisah lailatul qadar.Siapa yang dah tahu boleh datang depan ceritakan pada sahabat-sahabat kamu..Amirul lantas bangun dan berkata..ustaz lah yang cerita kat kami..baru best..sambil kawan-kawannya yang lain mengiakan.Baiklah ustaz akan ceritakan kepada kamu mengena lailatul qadar.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Malam lailatul qadar ialah adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita semua berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh..murid-murid tergaman mendengarnya lantas zainab mencelah..kalau macam tu ustaz saya nak berdoa supaya saya jadi cantik dan kulit saya putih...?ustaz tersenyum sambil melurutkan janggut yang tinggal tak berapa banyak lagi...bukan macam tu zainab! yang Allah dah takdirkan kepada kita sudah tercatat iaitu qada Allah.Tapi kita bukan sahaja berdoa kepada Allah supaya cantik rupa paras tetapi supaya cantik akhlak dan putih iman.Berkata saya untuk mengalihkan pandangan zainab tadi..hamdan pula menyampuk..kalau macam tu malam ni saya doa pada tuhan biar saya jadi pandai macam ustaz..bolehkan?? ustaz..Boleh, apa saja yang kita doakan insyaallah akan dimakbulkan Allah asalkan doa kita bukan untuk bertujuan jahat,jawab saya..baiklah murid-murid bila akan berlakunya malam lailatul qadar..iaitu disekitar bilangan sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan.bermakna bermula dari 20 ramadan sehinggalah berakhirnya puasa kita mesti cari malam itu..mudah-mudahan kita dipertemukan oleh allah...belum sempat saya menyambung cerita lonceng sudah pun berbunyi menandakan peralihan waktu matapelajaran lain.Baiklah murid-murid siapa yang mahu mencari malam lailatul qadar kenalah rajin berjaga malam mengerjakan solat sunat hajat,tahajud dan sebagainya..insyaallah kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar.Baiklah kita akan sambung cerita lailatul qadar pada waktu lain..semua bangun...syukran lakaya ustaz bergema melaungkan ucapan terima kasih.
Ustaz terus termanggu mengenangkan kata-kata zainab tadi yang ingin berdoa supaya dirinya cantik dan putih.Hati ini mahu menangis bila mengenangkan nasib zainab yang dilahirkan kedunia dengan keadaan cacat rupanya dan kulit yang kehitaman amat berbeza sekali dengan murid-murid perempuan lain.Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui dari apa yang manusia tidak ketahui..doaku..sambil air mata ku mengalir.."Ya Allah, tolonglah kami untuk tabah melakukan ibadah pada malam kemuliaan. Berikan kepada kami berkat kebajikannya. Ampunilah kami.Terimalah permohonan kami agar Engkau berkenan membebaskan kami semua dari siksa neraka. Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang maha mendengar dan yang maha mengabulkan doa. Semoga shalawat dan salam sejahtera Allah senantiasa terlimpah bagi hamba dan Rasul-Nya yang mulia Muhammad SAW".
Inilah hikmah dan rahmat yang tersembunyi yang dijadikan allah.Allah jadikan malam lailatul qadar tapi allah rahsiakan harinya,supaya manusia yang dahagakan rahmat Allah akan bermunajat mencari malam tersebut.Malam yang lebih baik dari seribu bulan.Bayangkan sekali sahaja kita bertemu dengan malam itu maka kita akan mendapat rahmat berganda melebihi seribu bulan yang telah Allah janjikan dalam surah Al-Qadar.Berbalik kepada kisah zainab tadi marilah kita merenungi bahawa bukan apa yang kita minta pada malam itu akan mengubah segalanya kerana itu adalah Qada Mubran yang ditetapkan oleh Allah.Namun demikian sebagai hambanya yang beriman kita masih ada masa untuk kita dapatkan dan rebutkan apa yang dikatakan doa mustajab pada malam itu..berdoalah supaya kita ditetapkan iman,mati dalam islam,dipanjangkan umur,dilapangkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.Persoalan Kenapa Allah taala jadikan lailatul qadar kepada umat muhammad s.a.w sahaja dan bukanlah kepada umat lain seringkali bermain dikotak fikiran setiap manusia.Inilah kerana kehebatan dan keagungan Nabi kita sebagai Kekasih Allah.Kalau difikirkan dengan akal kita yang cetek ini manakan mungkin kita akan berikan sesuatu yang tidak berguna untuk orang yang kita sayangi.Mestilah dibelikan hadiah yang mahal-mahal,rantai emas,berlian dan intan.Apatah lagi Nabi yang begitu dekat dengan Allah semestinya lah diberikan sesuatu yang mahal oleh Allah kepada kekasihnya Muhammad s.a.w.Lailatul Qadar dapat dinikmati oleh seluruh manusia akhir zaman,asalkan kita rajin mencarinya.Hadiah terbesar juga yang diberikan kepada Nabi Muhammad kepada umatnya.Maka tidak hairanlah apabila samapai akhir Ramadan Nabi sendiri akan berjaga malam dan tidak tidur kerana sayangkan Lailatul Qadar ,akan tetapi umat hari ini hampir berlawanan dengan sunnah nabi, berjaga malam semata-mata untuk melihat perlawanan bola sepak dan tayangan larut malam.Sayangnya waktu yang terluang...gunalah masa yang ada untuk bertafakur,berzikir dan beribadah kepada Allah selagi nyawa masih ada.Buat anak muridku bernama Zainab sesungguhnya anda hamba yang dikasihi Allah dan orang yang dikasihi Allah akan diuji keimananya.Mudah-mudahan kita ditemukannya....dengan Lailatul Qadar.Semoga kisah zainab dengan Amirul dapat dijadikan sebagai renungan kita sebagai manusia yang lemah."Kalau Allah kehendaki dan ingin memberikan sesuatu cukuplah dengan katanya 'kun fayakun' maka akan jadilah tetapi sebagai manusia ikhtiar dan usaha seharusnya ada dalam pegangan diri dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah agar permintaan dan harapan kita akan mendapat perkenan dari Allah.
catatan dari ilham rasa Ustaz Mohd suffian.Penulis ialah guru Pendidikan Islam SKSC
Wednesday, September 09, 2009
Lailatul Qadar
Friday, September 04, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2009
Tanggal 8/09/2009 merupakan satu detik yang penuh dengan cabaran.Pada tanggal itulah anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2009.Semoga ALLAH lapangkan fikiran mereka serta diberi pertolongan dalam menghadapi peperiksaan tersebut.Kamu guru-guru SKSC dengan penuh takzimnya mengharapkan agar anak-anak didik beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini nanti.Sebagai muslim kita wajar berdoa kepada Allah setelah berusaha dengan penuh daya dan tenaga.Seterusnya selepas kita berdoa maka hendaklah kita bertawwakal kepada Allah.Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan..