Tuesday, August 04, 2009

KEBAIKAN BUAH KURMA

RAMADHAN akan menjelang tidak lama lagi.Bulan yang disebut-sebut oleh Allah sebagai bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kebahagiaan.Bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman.Namum dalam artikel ini bukanlah persoalan bulan Ramadhan yang akan dibincangkan kerana RAMADHAN jika ingin dibincangkan seluas 7 lautan pun tidak akan kering dengan limpahan ilmu dan kerahmatan Allah.Seringkali apabila saya masuk kekelas maka anak murid akan bertanya..ustaz kenapa sunat berbuka puasa dengan buah kurma? dan apa khasiat buah kurma?Persoalan ini akan saya kupas dengan menelusuri sumber-sumber asli dari internet dan akhirnya saya telah terjumpa dengan artikel ini.Semoga apa yang dipaparkan ini akan dapat dikongsi oleh anak murid ustaz disksc dan umat islam semua.Terima kasih kepada pengirim artikel ini yang tidak mahu disebutkan namanya.Semoga allah mencucuri keberkatan..

KELEBIHAN BUAH KURMA

Kurma memang paling popular menjelang bulan Ramadan. Buah yang punya banyak kelebihan ini sepatutnya tidak dimakan ketika Ramadan saja sebaliknya sepanjang masa. Namun kebanyakan kita menjadikan buah anggur dan apel sebagai makanan wajib untuk mendapatkan khasiat walau sebenarnya kurma lebih banyak kelebihannya. Kurma berkemampuan mencergaskan badan dalam kadar segera sebab itu sunat umat Islam menjamahnya ketika berbuka puasa. Antara Kelebihan Kurma:



KESIHATAN

a) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

b) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

c) Membunuh Kuman Dalam Badan, Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".



KECERDASAN MINDA

a) Bagi tujuan mencapai kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b) Tenaga Segera dalam Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".



KHASIAT KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)



Komposisi Nutrisi Buah Kurma bagi setiap hidangan 100 gram
(Nutrient units value per 100 grams of edible portion )

Water : 21.32 g
Energy in kcal: 277
Energy in kj: 1160
Protein: 181 g
Total lipid (fat): 0.15 g
Ash: 1.74 g
Carbohydrate, by difference: 74.97 g
Fiber, total dietary: 6.7 g
Sugars, total: 66.47 g
Sucrose: 0.53 g
Glucose (dextrose): 33.68 g
Fructose : 31.95 g
Lactose: 0.00 g
Maltose: 0.30 g
Galactose: 0.00 g

Minerals
Calcium, Ca: 64 mg
Iron, Fe: 0.90 mg
Magnesium, Mg: 0.54 mg
Phosphorus, P: 0.62 mg
Potassium, K : 696 mg
Sodium, Na: 1 mg
Zinc, Zn: 0.44mg
Copper, Cu: 0.362 mg
Manganese, Mn: 0.296 mg

Vitamins
Vitamin C, total ascorbic acid: 10.0 mg
Thiamin: 0.050 mg
Riboflavin : 0.060 mg
Niacin: 1.610 mg
Pantothenic acid: 0.805 mg
Vitamin B-6: 02.49 mg
Folate, total: 15 mcg
Folic acid: 0 mcg
Folate, food: 15 mcg
Folate, DFE: 15 mcg-DFE
Vitamin A, IU: 149
Vitamin A, RAE: 7 mcg-RAE
Vitamin K (phylloquinone): 2.7 mcg

(USFDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release #17 Year 2004)