Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Solat Hajat sempena menghadapi UPSR akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 4 September 2009
Hari:Jumaat
Masa:2.30 petang (selepas solat jumaat)
Pihak sekolah dengan ini menjemput ibubapa dan juga guru-guru untuk sama-sama kita bermohon kepada Allah agar anak-anak kita mendapat petunjuk dan pertolongan dalam menghadapi peperiksaan nanti.
Friday, August 28, 2009
MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2009
Wednesday, August 19, 2009
ABC KEHIDUPAN
A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali
sumber:Kelab Bimbingan & Kaunseling
Tuesday, August 18, 2009
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
PENULARAN WABAK H1N1 SEBAHAGIAN DARIPADA BALA DAN JUGA UJIAN ALLAH.MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU,SEBAGAI HAMBA YANG BERIMAN KITA WAJAR PERCAYA BAHAWA BALA DAN UJIAN INI SEBAGAI SALAH SATU UJIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA.SEBAGAI ORANG ISLAM SELAIN DARI USAHA UNTUK MENGUBATI PENYAKIT TERSEBUT KEPERLUAN UNTUK BERDOA KEPADA ALLAH JUGA AMATLAH PENTING SABAGAI MEMOHON KERAHMATAN DAN PERTOLONGAN DARI ALLAH.SEHUBUNGAN DENGAN ITU PANITIA SKSC DAN JUGA PEJABAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG AKAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN BAGI MENOLAK BALA DAN WABAK.BERIKUT IALAH TENTATIF MAJLIS:
Tarikh:20 Ogos 2009
Tempat:Surau SKSC
Masa:7.45 pagi.
DENGAN ITU DIMINTA KERJASAMA MURID DAN JUGA GURU UNTUK BERSAMA-SAMA KITA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SUPAYA KITA SAMA-SAMA TERLEPAS DARI BALA DAN WABAK INI.AMIN
seterusnya..
Saturday, August 15, 2009
DOA YANG MENYESATKAN
ASSALAMUALAIKUM buat semua sahabat disekolah,anak-anak didik dan semua rakan-rakan dimaya ini.Marilah sama-sama kita berkongsi maklumat mengenai sebahagia doa yang boleh dikatakan menyeleweng dari ajaran islam.Sila perhatikan doa tersebut dan cuba buat renungan sendiri dan bandingkan doa yang dianjurkan islam dan yang telah diajarkan oleh Nabi S.a.w Cuba lihat doa yang betul dan yang telah disarankan oleh islam iaitu
Doa
Tuesday, August 11, 2009
FAKTA H1N1
Soalan Lazim
Apakah itu penyakit Influenza?
* Sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus Influenza A (H1N1). Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada percampuran genetic virus influenza babi, burung dan manusia.
Bagaimana kita boleh dijangkiti?
* Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus?
* Selagi mereka mempunyai gejala pesakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami tanda terutamanya ketika demam. Kanak-kanak boleh nenyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
Adakah vaksin khusus untuk melindungi diri?
* Sehingga kini belum ada vaksin khusus namun usaha penghasilannya sedang dijalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan H1N1.
Bolehkah antiviral mencegah jangkitan?
* Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat ini. Akhirnya mengakibatkan ubat ini tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
Golongan berisiko tinggi?
* Kanak-kanak berusia kurang lima tahun
* Individu berusia 65 tahun ke atas
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, di talian 03-88810200 / 0300 (8 pagi - 5 petang); emel ke cprc@moh.gov.my atau layari laman web http://h1n1.moh.gov.my
HUBUNGI KAMI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEMPAKA,
JALAN RAMBUTAN RENDANG,
16100 KOTA BHARU,
KELANTAN.
TELEFON:097735412
GURU BESAR: ENCIK MOHD SHUKRY BIN HUSSIN
Wednesday, August 05, 2009
GURU BESAR SKSC
GURU BESAR SKSC:
ENCIK MOHD SHUKRY BIN HUSSIN
Tidak lupa juga kepada Warga SKSC yang sentiasa berdedikasi dan bersemangat waja dalam meneruskan tugas sebagai pewaris para nabi dalam mendidik dan menyalurkan ilmu kepada nusa dan bangsa.Setinggi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada AJK blog kerana berjaya menghasilkan blog ini dengan menarik dan kemas.
Dalam era ledakan maklumat serta kecanggihan teknologi komunikasi, kita harus berani mengorak langkah menghadapi cabaran glokal baru dan bersiap sedia mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan perkembangan semasa demi melangkah ke hadapan menuju wawasan 2020.Sesuai dengan inspirasi dan visi KPM kearah pembestarian sekolah.
Dengan adanya teknologi yang moden dan canggih dalam bidang komunikasi telah secara tidak langsung menjadikan dunia ini seolah-olahnya lebih kecil dibandingkan dengan masa-masa yang lepas. Kini kita dapat memperolehi maklumat dari merata dunia dengan cepat dan tepat.Dunia kini dengan versi teknologi seolah-olah berada dekat dimata dengan perkongsian bestari segala maklumat dan informasi.
Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk memantapkan lagi pengetahuan khasnya dalam bidang teknologi komputer. Justeru itu, pihak sekolah telah mengorak langkah untuk menyediakan blog tersendiri. Semoga kita akan dapat berkongsi pengalaman demi kemajuan dan kepentingan sekolah, murid-murid, masyarakat serta negara.
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tuan/puan melawat ke blog kami.Semoga apa yang telah dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat mengangkat mertabat SKSC dimata dunia dan negara Malaysia secara amnya.Harapan saya semoga blog ini menjadi pemangkin kearah merealisasikan pembestarian sekolah pada masa hadapan.
Salam Hormat dari;
Mohd Shukry b. Hussin
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka.
PENOLONG KANAN 1:
PUAN NORIAH BINTI MUDA
PENOLONG KANAN HEM:
ENCIK DZULKIPLY BIN CHE ABDULLAH
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM :
CHE SYAFIE BIN CHE OMAR
seterusnya..
Tuesday, August 04, 2009
KEBAIKAN BUAH KURMA
RAMADHAN akan menjelang tidak lama lagi.Bulan yang disebut-sebut oleh Allah sebagai bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kebahagiaan.Bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman.Namum dalam artikel ini bukanlah persoalan bulan Ramadhan yang akan dibincangkan kerana RAMADHAN jika ingin dibincangkan seluas 7 lautan pun tidak akan kering dengan limpahan ilmu dan kerahmatan Allah.Seringkali apabila saya masuk kekelas maka anak murid akan bertanya..ustaz kenapa sunat berbuka puasa dengan buah kurma? dan apa khasiat buah kurma?Persoalan ini akan saya kupas dengan menelusuri sumber-sumber asli dari internet dan akhirnya saya telah terjumpa dengan artikel ini.Semoga apa yang dipaparkan ini akan dapat dikongsi oleh anak murid ustaz disksc dan umat islam semua.Terima kasih kepada pengirim artikel ini yang tidak mahu disebutkan namanya.Semoga allah mencucuri keberkatan..
KELEBIHAN BUAH KURMA
Kurma memang paling popular menjelang bulan Ramadan. Buah yang punya banyak kelebihan ini sepatutnya tidak dimakan ketika Ramadan saja sebaliknya sepanjang masa. Namun kebanyakan kita menjadikan buah anggur dan apel sebagai makanan wajib untuk mendapatkan khasiat walau sebenarnya kurma lebih banyak kelebihannya. Kurma berkemampuan mencergaskan badan dalam kadar segera sebab itu sunat umat Islam menjamahnya ketika berbuka puasa. Antara Kelebihan Kurma:
KESIHATAN
a) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)
b) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
c) Membunuh Kuman Dalam Badan, Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
KECERDASAN MINDA
a) Bagi tujuan mencapai kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
b) Tenaga Segera dalam Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".
KHASIAT KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)
Komposisi Nutrisi Buah Kurma bagi setiap hidangan 100 gram
(Nutrient units value per 100 grams of edible portion )
Water : 21.32 g
Energy in kcal: 277
Energy in kj: 1160
Protein: 181 g
Total lipid (fat): 0.15 g
Ash: 1.74 g
Carbohydrate, by difference: 74.97 g
Fiber, total dietary: 6.7 g
Sugars, total: 66.47 g
Sucrose: 0.53 g
Glucose (dextrose): 33.68 g
Fructose : 31.95 g
Lactose: 0.00 g
Maltose: 0.30 g
Galactose: 0.00 g
Minerals
Calcium, Ca: 64 mg
Iron, Fe: 0.90 mg
Magnesium, Mg: 0.54 mg
Phosphorus, P: 0.62 mg
Potassium, K : 696 mg
Sodium, Na: 1 mg
Zinc, Zn: 0.44mg
Copper, Cu: 0.362 mg
Manganese, Mn: 0.296 mg
Vitamins
Vitamin C, total ascorbic acid: 10.0 mg
Thiamin: 0.050 mg
Riboflavin : 0.060 mg
Niacin: 1.610 mg
Pantothenic acid: 0.805 mg
Vitamin B-6: 02.49 mg
Folate, total: 15 mcg
Folic acid: 0 mcg
Folate, food: 15 mcg
Folate, DFE: 15 mcg-DFE
Vitamin A, IU: 149
Vitamin A, RAE: 7 mcg-RAE
Vitamin K (phylloquinone): 2.7 mcg
(USFDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release #17 Year 2004)
Monday, August 03, 2009
NISFU SYAABAN.
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam