Friday, October 31, 2008

Membina Blog

Membuat blog sememangnya mudah kalau dibandingkan dengan membuat laman web.Dalam membina blog yang asas hanya menggunakan masa beberapa minit sahaja.Berbeza dengan laman web kita terpaksa menggunakan perisian khusus untuk membina laman web seperti frontpage , Adobe dreamweaver ataupun yang paling asas menggunakan Microsoft word.Dalam tutorial ini perbincangan akan tetumpu kepada bagaimana membina blog yang hebat dan menarik seperti yang telah saya hasilkan.Tak percaya cuba ke http://www.skserichempaka.blogspot.com/ setelah menghabiskan masa berminggu-minggu maka inilah sedikit hasil yang dapat saya kecapi.Walaupun blog lain lagi hebat dan menarik, apapun kita wajar bersyukur kehadrat Illahi kerana diberikan hidayat untuk melahirkan blog ini, dan hasilnya dapat kita kumpulkan sedikit manfaat dari blog ini.
Untuk menghasilkan blog anda tidak perlu seorang yang mahir dalam bidang ICT ataupun memiliki Ijazah Sarjana akan tetapi cukuplah hanya memahami asas utama dalam pembinaan blog.Yang penting minat dan juga rajin dalam menyelidiki blog.Saya percaya sebuab blog yang baik bergantung kepada kemahiran kita dalam memanipulasi dan menggunakan dasar-dasar HTML (Hyper Text Mark up Language) yang menjadi tunjang dan tulang belakang sesebuah laman web ataupun blog.Walaupun kod HTML sememangnya banayak untuk didingati akan tetapi jika kita sudah memahami dengan betul nescaya kita akan mengatakan kod HTML adalah senang.
Secara logikalnya kod HTML adalah seumpama pen yang akan kita gunakan dalam penulisan.Tanpa pen tersebut maka penulisan kita tidak akan lengkap.Perbincangan mengenai kod HTML sememangnya memerlukan masa yang panjang untuk difahami.Saya sendiri hampir 6 bulan mengkaji untuk memahami kod tersebut dan hasil usaha gigih saya, akhirnya saya dapat memahami kod tersebut.
Sebelum saya huraikan secara ringkas mengenai kod HTML saya ingin berkongsi sedikit dengan semua sahabat tentang apakah peranan kod tersebut.Secara amnya kod tersebut berperanan sebagai bahasa perantara yang menghubungkan arahan dengan medan dipaparan web ataupun blog.


Mungkin sahabat saya tidak memahami dengan jelas. Tentang kod HTML tetapi jangan bimbang dan pening kepala kerana memikirkannya.Biarkan masa dan waktu yang menentukan.Untuk mempelajari tag-tag atau kode-kode penting yang sering digunakan dalam membangun sebuah web/blog misalnya cara membuat link, menampilkan gambar, mengganti warna font, membuat baris baru dll tidak lah susah sangat.Pengalaman saya dalam menyiapkan beberapa blog dan juga laman web mendapati lebih senang untuk membina laman web menggunakan kod tersebut.

JAVA

Java ialah bahasa pengaturcaraan komputer yang telah dihasilkan oleh Sun MicroSystem. Java ialah bahasa pengaturcaraan selepas C++. Ia berfungsi untuk mencanggihkan lagi laman web anda. Salah satu kegunaan yang paling biasa dilakukan oleh pereka-pereka laman web ialah untuk mengubah imej kepada imej lain apabila tetikus digerakkan di atas imej asal. Anda sudah pasti pernah melihat laman web sebegini. Sebagai contoh, sila gerakkan tetikus anda diatas ikon-ikon di atas.
Terdapat 2 jenis JAVA.
Pertama, JavaScript. JavaScript ini aktif bersama-sama dengan kod-kod html anda. Seperti yang saya katakan tadi, JavaScript berfungsi untuk mencanggihkan laman anda. Sebagai contoh, anda sudah pasti telah melihat laman-laman web yang mempunyai bebutang menu yang akan berubah apabila penunjuk tetikus digerakkan di atasnya. Kesan khas ini dibuat menggunakan JavaScript.Oleh kerana Microsoft Corporation tidak mahu ketinggalan dalam hal ini, maka Microsoft telah membuat script versi mereka, yang dipanggil Jscript. Jscript dan JavaScript secara umum adalah serupa tetapi tidak sama. Ini kerana sikap Microsoft sendiri yang tidak mahu mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Sun MicroSystem. Saya pasti anda pernah melihat "JavaScript Error" apabila ke laman-laman tertentu. Ini adalah kerana browser yang digunakan tidak sesuai dengan JavaScript yang dimasukkan di laman tersebut. JavaScript ini ditulis seperti mana kod-kod html ditulis.
Kedua, JavaApplet. JavaApplet ini berfungsi untuk membuat applikasi laman web, applikasi ini di panggil applet. Jika anda pernah ke portal saya iaitu http://www.skserichempaka.blogspot.com/ anda sudah pasti berhadapan dengan applet menu mereka. Applet-applet ini dihasilkan dengan menggunakan kompiler JAVA. Sesudah sesuatu JAVA applet dibuat, anda perlu meletakkan kod-kod html yang digunakan untuk memanggil applet tersebut.

Apapun semakin kita faham maka semakin sukar untuk dimengertikan maksud yang tersurat dan tersirat kerana apa yang tinggal hanyalah sedikit sahaja dari jutaan ilmu yang ada.Ilmu Allah melebihi apa yang ada didunia fana ini.Segalanya perlu kita serahkan kepada yang Maha Mencipta segalanya.