Cuba Anda fahami sifat-sifat perisian tersebut agar kita tidak buta ICT dan tidak malu bila ditanyakan soalan..?Apatah lagi jika kita digelar guru data yang sepatutnya tahu serba sedikit mengenai perisian tersebut.
TROJAN
Terutamanya keylogger,Pencuri kata laluanBOTS
Membolehkan komputer dikawal melalui jarak jauh.PHISHING
Mesej yang cuba mengarahkan pengguna mendedah kata laluan untuk mengakses perkhidmatan dalam talian seperti perbakan internet,emel,web dan sebagainya.Kebiasaannya ia menghantar mesej dalam jumlah yang banyak kepada pengguna dan kumpulan sasaran.ADWARE
Memaparkan pengiklanan pada skrin.Kebiasaan yang berlaku apabila anda tersalah memasuki laman-laman tertentu yang telah dimasukan perisian jahat tersebut.Apabila anda memasuki laman web tersebut maka adware akan menyerang rangkaian komputer anda dan akan melakukan proses installer program dalam komputer anda.Biasa yang berlaku melibatkan program antivirus yang tidak terkenal yang memberikan arahan supaya membuat scanner pada fail anda dan akan ada fail yang tidak dapat diimbas maka akan keluar arahan supaya membeli perisian supaya program tersebut dapat berfungsi dengan baik..Hati-hati saya dah berapa kali terkena denganperisian jahat ini.
SPYWARE
Mengutip dan mengumpul maklumat serta menghantar maklumat mengenai penggunaan komputer andaSPAM
Menghantar e-mel berbentuk iklan yang tidak diundang dan tidak diingini dalam jumlah yang banyak.Namum demikian ianya bukanlah mendatangkan masalah yang besar kepada pengguna.DIALER
Melencongkan pengguna Dial Up kepada nombor yang yang dikenakan caj yang tinggi.Menurut rekod ianya pernah berlaku diKuala Lumpur apabila bil telefon seorang pengguna dicatakan sehingga RM1000 sebulan.Akibat melayari internet tanpa mengambil sikap waspada terhadap serangan tersebut.Jadi hari ini jangan anda tertukar lagi dengan virus yang menyerang komputer anda kerana cara dan keupayaan amat berbeza sekali.Kenali komputer anda dengan lebih dekat untuk lebih mengetahui perbezaan virus dengan apa yang telah saya senaraikan diatas.
Jika Allah menjadikan manusia dengan keupayaan yang melebihi segala makhluk lain maka Allah menjadikan juga virus yang kecilnya hanyalah sebesar zarah yang mampu membunuh manusia dengan masa yang terdekat.Begitu juga komputer yang secanggih manapun tidak boleh melawan jangkitan virus komputer yang dicipta sendiri oleh manusia.Cuba kita renungi dan hayati
Ustaz Mohd Suffian MN