Monday, December 29, 2008

MEMO MESYUARAT SKSC

Adalah dimaklumkan kepada semua guru SKSC bahawa mesyuarat guru akan diadakan seperti ketetapan berikut..

Tarikh:30 Disember 2008

Masa: 9.00 pagi

Tempat:Bilik Guru SKSC

Agenda: Akan diedarkan masa mesyuarat

Mohon kerjasama dari guru-guru agar dapat menghadirkan diri.Kerjasama anda bagi menjayakan harapan dan misi SKSC.
Harap Maklum




seterusnya..

Friday, December 26, 2008

Kejaiban Solat dibuktikan secara saintifik?



KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

seterusnya..

Friday, December 19, 2008

Bulan-bulan Islam

Untuk anak didik SKSC yang bertanya..Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya.Kebanyakannya nama-nama bulan tersebut muncul sebelum Islam lagi.Nama-nama tersebut muncul sempena cuaca, ketika peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar.Kesemua bulan tersebut ada 12 bulan dan ianya dinyatakan dalam Al-Quran bahawa ada 12 bulan kesemuanya.Ada bulan yang disebut didalam Al-Quran seperti bulan ramadhan.Sebagai umat islam sewajarnya kita mengingati bulan-bulan ini kerana dalam bulan inilah banyak perkara yang berlaku..

1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
* Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar (ﺻﻔﺮ)

* Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)

* Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4.Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

* Bulan kedua musim bunga.

5.Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)

* Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6.Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)

7.Rejab (ﺭﺟﺐ)

* Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8.Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)

* Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9.Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)

* Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10.Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)

* Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11.Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)

* Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12.Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)

* Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


Diharap anak didik sekalian akan dapat hafal bulan-bulan islam ini.Ingat cuti sekolah tinggal hanya seminggu lagi.Jumpa anda dimenara kejayaan.

seterusnya..

Wednesday, December 17, 2008

Renungan Untuk semua Pendidik


Jika anak dibesarkan dengan celaan.
Ia belajar memaki,
Jika anak dibesarkan cemoohan,
Ia belajar rendah diri,
Jika ia dibesarkan dengan penghinaan,
Ia belajar menyesali diri,
Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
Ia belajar menahan diri,
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
Ia belajar percaya diri,
Jika anak dibesarkan dengan pujian,
Ia belajar menghargai diri,
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baiknya perlakuan,
Ia belajar keadilan,
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
Ia belajar menaruh kepercayaan,
Jika anak dibesarkan dengan dukungan,
Ia belajar menyenangi dirinya,
Jika anak dibesarkan dengan kasih-sayang dan persahabatan,
Ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.



Dipetik dari:http://norish77.blogspot.com/

seterusnya..

Wednesday, December 03, 2008

PEMBERITAHUAN

Pihak blog master mengucapkan terima kasih atas sokongan padu dari rakan-rakan semua.Untuk sementara waktu pihak blogmaster tidak dapat memuatkan info berkenaan sekolah memandangkan sekolah masih lagi bercuti.Segala kekurangan amat dikesali.Pihak kami akan berusaha untuk memberi info terbaik dan terkini.Segala maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti sekolah akan dimasukan serta dikemaskini pada
15 Jan 2009.
Buat sementara waktu anda hanya disajikan dengan pelbagai maklumat sebagai pengetahuan am sahaja jika anda ada sebarang artikel yang berbentuk ilmiah hasil karya anda sendiri bolehlah disumbangkan kepada pihak kami.Artikel anda hendaklah bersesuaian dengan bidang pendidikan.
Segala sokongan dan pandangan pihak tuan/puan serta semua pembaca blog amat kami hargai.
Salam Hormat.

Dari:Mohd Suffian
2/12/2008 Jam 2.30pg




seterusnya..

Saturday, November 29, 2008

LAGU ; GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

seterusnya..

Saturday, November 22, 2008

Pahlawan Tok Janggut


Hari ini secara tidak sengaja saya telah terlink kelaman web mengenai kisah perjuangan Tok Janggut dan juga beberapa kisah perjuangan orang-orang melayu terdahulu dalam menentang penjajahan Inggeris.Mungkin murid-murid SKSC dan semua pembaca blog hampir lupa dengan nama Tok Janggut yang begitu sinonim dengan perjuangan bangsa melayu di Kelantan.
Sedikit yang dapat saya catatkan diblog ini untuk tatapan semua ialah sebuah sejarah perjuangan yang syahid iaitu Al syahid Tok Janggut.Semoga ianya menjadi tatapan dan ingatan kita semua.

Artikel ini telah saya petik dari:
http://iniceritakita.wordpress.com/2008/11/07/tok-janggut-antara-cukai-feudalisme-dan-nasib-dunia-islam/
dan juga
http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=597411

Semoga apa yang saya paparkan ini dapat dijadikan sebagai catatan sejarah yang tidak pernah padam selamanya;
Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.
Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini (baca: gugusan kepulauan melayu), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]
Di bawah ini disertakan bahan perkongsian yang dipetik dari laman web raykinzoku yang ditulis oleh Tengku Ahmad Zarir, seorang graduate dari Kinki University, Osaka.
Penulis asal berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang demi agama dan bangsa.
Tok Janggut …….
atau nama sebenar,

Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,
93 tahun yang lampau ……
Al Fatihah..

Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :
I am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.

Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.
Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.
Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :
Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.
Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.
Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )
Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?
Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..
…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !
Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :

Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.
Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama - tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..
Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?
Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).
Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.
Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.
Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).
Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.
Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.
Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas - sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.
Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam - kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.
Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.
Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

BACAAN BERKAITAN
Nasron Sira Rahim, Berita Harian : ” Tok Janggut “
INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Rujukan alternatif

Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : ” One Moment In Time “
The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.

A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.
SP Star : ” Penentangan di Kelantan “
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.

Hasrizal Abdul Jamil : ” Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah “
Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.
Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.
http://w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm

Tok Janggut
” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai.Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu.Bantuan daripada Singapuradan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh.Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana,di Padang Bank (Padang Merdeka)mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.


[ Kembali ]

seterusnya..

Friday, November 21, 2008

Abdul Rahim Kajai

Riwayat Hidup
AAbdul Rahim Haji Salim dilahirkan pada tahun 1894 di Selangor, Malaysia. Melalui karya-karyanya, ia lebih dikenal Abdul Rahim Kajai. Kajai adalah nama sebuah kampung di daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, tempat kelahiran kedua orangtuanya. Ayahnya, Salim, juga menggunakan nama kampung tersebut di belakang namanya, sehingga akrab dipanggil Salim Kajai. Ayah Abdul Rahim Kajai berasal dari keluarga yang alim dan kaya.
Semasa kecil, Abdul Rahim Kajai telah mendapat pendidikan agama Islam dari ibu dan neneknya yang sangat taat beragama. Pada tahun 1900, ia belajar di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Lumpur. Setelah lulus kelas 5 (1905), ia berkeinginan melanjutkan pendidikan di Sekolah Inggris, namun tidak direstui kedua orang tuanya. Padahal sebenarnya, ia adalah murid yang cerdas, terbukti setelah ia tidak mendapat kesempatan belajar di Sekolah Inggris, ia mampu belajar bahasa Inggris secara autodidak. Tahun 1906, ia kemudian dikirim orang tuanya ke Mekkah belajar agama dan bahasa Arab selama tiga tahun.
Setelah menempuh pendidikan selama tiga tahun di Mekkah, tahun 1909 Abdul Rahim Kajai kembali ke Kuala Lumpur bekerja sebagai penjilid dan kemudian menjadi penyusun huruf Melayu di Departemen Cap Kerajaan di Kuala Lumpur selama tiga tahun setengah. Pada tahun 1912-1913, ia ke Singapura bekerja sebagai penerjemah bahasa Inggris di perusahaan Malaya Publishing House. Pada tahun 1913, ia kembali lagi ke Kuala Lumpur menjadi guru lukis di sebuah lembaga arsitektur bangunan. Pada tahun itu juga (1913), ayahnya, meninggal dunia, sehingga ia terpaksa berhenti bekerja. Kemudian ia berangkat ke Mekkah untuk menjaga adik perempuannya, Maryam, dan meneruskan pekerjaan ayahnya sebagai amirul hajj di Mekkah. Tahun 1917, dalam usia 23 tahun, ia kembali ke Tanah Melayu (Malaysia), meskipun belum memiliki pekerjaan tetap.
Pada usia 26 tahun (1920), Abdul Rahim Kajai mulai tertarik pada bidang jurnalistik. Kemudian ia belajar ilmu jurnalistik, khususnya kewartawanan pada Mohd. Yunus Abd. Hamid dan Syekh Sayyid Ahmad Al-Hadi. Setelah itu, ia telah menyumbangkan beberapa tulisan yang berkaitan dengan persoalan sosial kemasyarakatan, agama dan berita di media Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Pada tahun 1920, ia berangkat ke Mekkah untuk urusan perdagangan. Disamping itu, juga bertugas amirul hajj dan wartawan dari surat kabar mingguan Edaran Zaman untuk meliput berita di Mekkah. Selama kurang lebih tiga tahun di Mekkah, ia telah menyumbangkan berita-berita menarik untuk surat kabar tersebut. Pada tahun 1928, ia terpaksa kembali ke Tanah Melayu karena ibunya meninggal dunia di SetapaKPada tahun 1930, Abdul Rahim Kajai bekerja sebagai pembantu penulis pada surat kabar Saudara yang dipimpin Syekh Sayyid Al-Hadi. Setelah itu, ia menjadi penulis di surat kabar Majlis yang diterbitkan tahun 1931 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1935, ia menjadi koresponden surat kabar Warta Malaya di Kuala Lumpur, kemudian ia diangkat menjadi penulis tahun 1936. Surat kabar tersebut diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan Sayyid Hussin bin Al-Sagaf. Pada waktu itu, Abdul Rahim Kajai merupakan satu-satunya wartawan yang menerima gaji paling tinggi di antara teman-temannya. Setelah itu, ia diberi amanat menulis cerita dan humor pada dua majalah yang telah diterbitkan Sayyid Hussin yaitu Warta Ahad dan Warta Jenaka di Singapura. Dengan demikian, ia terpaksa pindah dan menetap di Singapura selama empat tahun setengah. Pada tahun 1941, ia meninggalkan Singapura kembali ke Kuala Lumpur. Bersama Haji Othman Abdullah dan Haji Dahlan, ia menerbitkan surat kabar Perubahan Baharu atas anjuran Jepang. Pada tahun 1943, ia juga diminta Jepang bekerja sebagai penulis di surat kabar Berita Malaya.
Disamping beraktifitas sebagai wartawan, Abdul Rahim Kajai juga aktif dalam berbagai organisasi sosial kemasyarakatan. Ketika masih sebagai koresponden Warta Malaya, ia dilantik menjadi anggota kehormatan pada Persidangan Melayu Setapak yang diketuai Muhamad Zakariah. Selain itu, ia juga pernah diangkat menjadi pengurus Masjid Setapak.
Selama 13 tahun menjadi wartawan, Abdul Rahim Kajai telah berjasa pada 6 buah surat kabar Melayu yaitu Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Perubahan Baharu, dan Berita Melaya. Selain itu, ia juga pernah menjadi guru bagi beberapa wartawan ketika bekerja di surat kabar Majlis dan Warta Malaya, di antaranya Ramle Hj. Tahir, A. Samad Ahmad, Ibrahim Hj. Yaakub (di Majlis), dan Zainal Abidin bin. Hj. Ahmad, Mohd. Dahlan Mas’ud, Sayyid Abdullah Abd. Hamid, Ishak Hj. Muhammad (di Warta Malaya). Di kalangan sastarawan, Abdul Rahim Kajai dikenal sebagai Bapak Wartawan dan Sastrawan Melayu Malaysia. Ia telah mempelopori dunia jurnalistik (di bidang kewartawanan) dan kesusastraan (di bidang cerpen) di Malaysia sejak awal tahun 1930.
Abdul Rahim Kajai meninggal dunia pada tahun 1943, dalam usia 49 tahun, setelah menderita sakit selama lima bulan.
2. Pemikiran
Sebagai Bapak Wartawan dan Sastrawan Melayu, Abdul Rahim Kajai memiliki cara dan gaya tersendiri dalam membuat suatu tulisan, sehingga karya-karyanya banyak diminati pembaca. Pada umumnya, ia banyak membahas persoalan-persoalan yang terjadi di Tanah Melayu, khususnya di Malaysia. Melalui karya-karya tersebut, ia mencoba untuk melakukan pembelaan-pembelaan dan kritikan-kritikan untuk kepentingan bangsa Melayu. Pembelaan dilakukan dengan menumbuhkan kesadaran masyarakat Melayu, sendangkan kritikan-kritikannya ditujukan kepada kebijakan-kebijakan kerajaan Inggris yang diterapkan di Tanah Melayu.
Abdul Rahim Kajai adalah wartawan Melayu yang memiliki teknik penulisan yang baik. Di zamannya, karya-karyanya mampu menyesuaikan diri dan menumbuhkan minat pembaca, terutama dalam penulisan cerita. Kejujuran dan keberaniannya menggunakan bahasa, sehingga maksud dari isi cerita mudah dipahami pembaca. Untuk membuat tulisannya lebih menarik, ia kerapkali mencantumkan ungkapan-ungkapan peribahasa Ciri khas lain yang dimiliki Abdul Rahim Kajai adalah ia dikenal sebagai kritikus yang baik. Ketika ia mengkritik sesuatu, kritikan-kritikan yang dilontarkan memiliki dasar yang kuat, tidak terburu-buru dan membabi buta. Untuk menghindari kesalahaman di kalangan pembaca, ia kemudian menjelaskan maksud kritikannya dengan bahasa yang mudah dipahami.
Sebagai sastrawan, Abdul Rahim Kajai adalah cerpenis yang sangat tekun dan produktif. Ia terus menulis cerpen tanpa membuat persiapan terlebih dahulu. Selama hidupnya, ia telah menghasilkan 57 cerpen yang dimuat dalam surat kabar dan majalah yang dipimpinnya, di antaranya dalam Warta Jenaka terdiri dari 43 buah cerpen, Warta Malaya 2 buah, Utusan Zaman 8 buah, dan dalam majalah Mastika 4 buah cerpen. Cerpen-cerpennya ini telah memberikan jasa yang sangat besar kepada pengkaji-pengkaji dan peminat-peminat sastra untuk memahami sejarah dan masyarakat Melayu di Malaysia sejak tahun 1930-an.
3. Karya-karya
Sebagai jurnalis dan sastrawan, Abdul Rahim Kajai telah melahirkan banyak karya, di antaranya:
1. Jinjang Penghidupan, surat kabar Suadara, Kuala Lumpur, 1930.
2. Pelajaran Inggris di Sekolah Melayu, surat kabar Suadara, Kuala Lumpur, 1931.
3. Rintisan Pikiran Atas Perjalanan Pelajaran Anak-anak Melayu di Sekolah Melayu, surat kabar Suadara, Kuala Lumpur, 1931. Orang-orang Melayu dengan Tanah Air Watan Datuk Nenek Moyangnya, surat kabar Suadara, Kuala Lumpur, 1931.
4. Perhimpunan Besar Kongres Melayu, surat kabar Suadara, Kuala Lumpur, 1931.
5. Pemandangan di Atas Kemunduran Melayu, surat kabar Suadara, Kuala Lumpur, 1930.
6. Seruan Kita kepada Anak-anak Melayu: Hendaklah Sabar, Tekun, Setia dan Amanah Lain-lain Lagi Wajib Memandang Lebih Jauh, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1932.
7. Benih Pecah Belah Subur, Melayu Dagang, Dicemburui, Peluang Bangsa Melayu Semakin Terbuak, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1932.
8. Orang Melayu Jangan Membuang Baka, Persekutuan Melayu Am Wajib Diadakan, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1932.
9. Mari Bersatu, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1933.
10. Bahasa Melayu Tidak Berharga, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1932.
11. Anak Melayu Dengan Pelajaran Inggris, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1932.
12. Urusan Agama Mesti Diratakan Lagi, dalam kolom surat kabar Majlis, Kuala Lumpur, 1932.
13. Belia-belia Melayu yang Berpelajaran, dalam kolom surat kabar Warta Malaya, Singapura, 1936.
14. Peraturan Melayu Pahang, dalam kolom surat kabar Warta Malaya, Singapura, 1938.
15. Takrib Bahasa Melayu, dalam kolom surat kabar Warta Malaya, Singapura, 1938.
16. Cina Bersungguh-sungguh Negeri-negeri Demokrat Berteguh, dalam kolom surat kabar Warta Malaya, Singapura, 1939.
17. Perubahan Baru bagi Dunia Arab, dalam kolom surat kabar Warta Malaya, Singapura, 1939.
18. Matahari Takrif Melayu, dalam kolom surat kabar Utusan Melayu, Kuala Lumpur, 1940.
19. Siapa Yang Berkata Melayu Malas, dalam kolom surat kabar Utusan Melayu, Kuala Lumpur, 1940.
20. Bahasa Melayu, dalam kolom surat kabar Utusan Melayu, Kuala Lumpur, 1939.
21. Cemburulah Kepada Derma Pelajaran, dalam kolom surat kabar Utusan Melayu, Kuala Lumpur, 1940.
22. Awang Budiman (cerpen), dalam ruang Cerita Kita majalah Warta Jenaka, Singapura, 1936.
23. Dan lain-lain.
4. Penghargaan
Atas karya dan jasa-jasanya pada dunia jurnalistik dan sastra, Abdul Rahim Kajai mendapat gelar sebagai Bapak Wartawan dan Sastrawan Melayu Malaysia.
ARTIKEL INI TANPA SEBARANG PENGUBAHSUAIAN BAGI MENJAGA KEASLIAN ARTIKEL DAN MENGURANGKAN BUDAYA PLAGIAT.
Sumber:
www.wikipedia.org


seterusnya..

Wednesday, November 19, 2008

Siapakah Musuh dan Sahabat Iblis

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog SKSC yang setia mengenai musuh dan sahabat iblis.Sebelum saya bahaskan mengenai Musuh dan Sahabat Iblis terlebih dahulu saya mahu rakan-rakan dan sahabat saya alihkan dahulu perhatian dan pemikiran mengenai perkara-perkara lain.Buanglah jauh-jauh hal dunia serta lapangkan fikiran kita ini untuk menghayati tazkirah yang saya susun ini.Sebagai pendidik inilah tugas saya untuk menyampaikan ilmu kepada yang dahagakan ilmu.Percayalah rakan-rakan saya,bahawa kehidupan yang kita hadapi adalah amat singkat seumpama jarak siang dengan malam.Hari ini kita hidup dan besok mungkin kita akan mati..jadi adakah kita telah mempersiapkan diri dengan amalan yang mampu dibawa untuk dipersembahkan kehadrat Illahi Rabbu Jalil.Kalau belum???? masih ada ruang untuk kita melaksanakan tugas kita sebelum menghadap Allah s.w.t.

Nabi bersabda:Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati besok dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun.

Beginilah kehidupan kita sebagai manusia..yang hidup akan pasti mati,termasuklah saya dan semua pembaca akan menemui nasib yang sama seperti saudara-saudara kita yang telah meninggalkan kita..Persoalannya disini mampukah kita menghadapi siksaan kubur yang telah disediakan untuk kita yang berdosa ini."Ya Allah jauhkanlah kami dari Fitnah Kubur dan Azab Kubur..Wahai Tuhan Yang Maha Penyanyang".Oleh itu sahabat-sahabat saya marilah sama-sama kita kembali kepada Ajaran Allah yang sebenar serta sentiasa meminta ampun kepada Allah.Mudah-mudahan kita terdiri dari orang yang beruntung didunia dan diakhirat.





Dalam meniti maya pada ini seharusnya rakan-rakan saya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan kehidupan sehari-harian.Kenalilah saiapa sahabat dan siapa musuh kita........musuh dan sahabat yang saya maksudkan ialah Iblis.
Siapakah Musuh Iblis?

Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:

"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku" Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur


Siapakah Sahabat Iblis?




Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)


Jadi sebelum saya akhiri tazkirah ini pesanan saya untuk diri saya dan rakan-rakan pembaca Kuatkan amal ibadah untuk diri sendiri dan keluarga,sentiasa memohon keampunan dari ALLAH,jauhi dari menjadi sahabat iblis serta sentiasa bertakwa kepada Allah.
Sekian apa yang baik dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan saya sendiri.Wallahua'lam bissaawab.

Ustaz Mohd Suffian MN
Waktu 2.33am

seterusnya..

Bagaimana menghasilkan butang link yang kemas.

Untuk menghasilkan butang yang tersusun kemas seperti yang saya buat diblog saya bukanlah susah sangat.ramai yang bertanya kepada saya bagaimana ingin membuatnya agar kelihatan kemas dan cantik.Jangan risau tutorial ini akan saya kongsi bersama-sama dengan rakan-rakan pembaca blog sksc ini.Kerana saya percaya apa yang kita lakukan ini merupakan sebahagian daripada ilmu yang bemanfaat kepada kita semua.

Layarilah internet seperti biasa dan pergi ke google…..dan buka lah akaun blogspot anda seperti biasa…dan akan nampak DASHBOARD blog anda.
CONTOH:


Pergi le Layout dan anda akan berada di Add and Arrange Page Elements
Tekanlah Add a Gadget dan pilihlah butang/kolum HTML/Jacascript...anda akan nampak seperti yang dipaparkan ini..



Tekan butang HTML/Javascript dan satu laman seperti ini akan terbentuk


Configure HTML/Javascript
Anda copy dan paste kod tersebut.. seperti yang yang pamerkan disini


Ditulisan warna merah anda boleh masukkan apa sahaja senarai apa yang anda suka (sila rujuk gambarajah 1)

#yang berwarna hijau anda jangan ubah kerana jika sedikit perubahan akan menyebabkan ianya akan tidak berfungsi..apa yang anda boleh ubah ialah 200px itu merupakan panjang kotak yang dihasilkan..ianya boleh diubah mengikut kesesuaian blog anda.

Yang berwarna biru adalah link kepada laman yang anda kehendaki..
Apa sahaja laman yang anda fikirkan sesuai dan mengikut citarasa anda..diwarna biru tersebut anda boleh masukkan link yang anda kehendaki itu..contoh jika inginkan link kementerian pelajaran malaysia anda masukkan link http://emoe.gov.my/

Insyaallah saya rasa semua sudah dapat memahami tutorial tadi dan jika anda tidak dapat memahami boleh lah emailkan saya sebarang pertanyaan ataupun gunakan shoutbox

kod html yang saya paparkan ini tidak dapat disalin kerana telah saya halang dari disalin oleh individu yang tidak memahami hasil kerja saya.Sesiapa yang berminat boleh emailkan saya di al_syafi@hotmail.com ataupun salin kod tersebut ditutorial saya ini...

Ustaz Mohd Suffian MN

seterusnya..

Saturday, November 15, 2008

UPSR 2008

Laporan UPSR
Tarikh keramat 13 November 2008 amat dinanti-nantikan oleh warga SKSC.Tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun 2008.Tepat jam 11pg pengumuman keputusan UPSR diumumkan dan seramai 15 orang murid telah mendapat 5A.Calon UPSR keseluruhan ialah berjumlah 209 calon.Walaupun sasaran untuk mendapatkan 35 orang 5A tidak menepati matlamat.SKSC berbangga kerana dapat melahirkan murid yang berintegriti tinggi dan bersahsiah baik.Kegagalan ini bukanlah satu penghalang kepada Warga SKSC untuk menghadapi cabaran bagi memastikan kecemerlangan UPSR 2009 dapat dicapai jayanya.
Guru-guru SKSC telah berjuang dan mengajar dengan gigih berusaha untuk mencapai jumlah target yang disasarkan namum demikian segala usaha telah digembelengkan tetapi Allah jua yang menentukan.Tahniah kepada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan yang tidak berjaya usaha lagi kerana perjalanan kalian masih lagi jauh.Ada beberapa siri peperiksaan yang perlu ditempuhi iaitu PMR , SPM dan STPM kesemuanya itu adalah memerlukan persiapan rapi dan keazaman yang jitu.Saya yakin kegagalan hari ini adalah sempadan untuk kita menghadapi kegagalan.Sedar dan yakin diri adalah pokok utama dalam segalanya.Jika hari ini kita gagal maka seharusnya kita sedar dan bangkit kembali agar kegagalan kita tidak akan berterusan selamanya.Percayalah anak didik sekalian kami guru-guru pernah menjadi manusia yang gagal dan hari ini kami berjaya kerana kami bangkit dari kegagalan yang berpanjangan.Jadi jika kita gagal memperolehi 5A dalam UPSR maka hari ini kita perlu sedar bahawa masih ada lagi hari-hari yang mendepani kehidupan.Yakinlah bahawa kejayaan akan menghiasi hidup ini.USAHA ITU UBAT BAGI KEGAGALAN.
Buat guru-guru Terima Kasih kerana mengajar,membimbing dan mendidik sehingga menjadi manusia yang berjaya.Ingatlah Kegagalan hari ini bukan beerti gagal selamanya.

seterusnya..

Wednesday, November 12, 2008

Ayat Al-Quran sebagai benteng pertahanan diri.

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN





Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0AYATUL KURSI



Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN





Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU


Maksudnya;
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK



Maksudnya;
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Terima kasih kepada darussyifa diatas artikel ini.
sumber ini dipetik dari: http://www.darussyifa.org/pertahanandiri2.php
tanpa sebarang ubahsuai bagi mengurangkan budaya plagiat.

seterusnya..

Tuesday, November 11, 2008

Ibadah Qurban dan Aqiqah


Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?
Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1. Islam
2. Merdeka (Bukan hamba)
3. Baligh lagi berakal
4. Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
• Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
• Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
• Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
• Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
I. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
II. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
III. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
• Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
• Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
HUKUM AQIQAH
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
5. Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
o Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
o Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
o Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
o Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
o Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
o Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
o Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
o Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.


QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
1.Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
2.Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
3.Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).

Semoga sama-sama kita dapat menunaikan ibadah tersebut.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Ustaz Mohd Suffian MN




seterusnya..

Daging Qurban kepada orang kafir?

Hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban
Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".

ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "

Komen saya :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.

Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam.
Artikel ini dipetik dari sumber http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=230&Itemid=90




seterusnya..

Sunday, November 09, 2008

Peristiwa Minggu Ini..

Sekolah akan mula bercuti pada 14/11/08 dan akan dibuka semula pada 04/01/09.Bagi memastikan cuti sekolah berjalan lancar pihak sekolah telah melakukan pelbagai persiapan termasuklah mengemas data-data pelajar,Buku rekod pelajar dan juga penerimaan buku teks sekolah.Sepanjang minggu ini juga pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya ialah:

1.Makan Malam diRestoran Raudhah
Pada:11 November 2008- Warga Guru SKSC
2.Jamuan Tahun Enam
Pada:10 November 2008-Semua murid tahun 6 dan semua guru
3.Jamuan Kelas
Semua murid terlibat mengikut kelas masing-masing
4.Gotong-royong
Semua murid dan guru

seterusnya..

Thursday, November 06, 2008

Mengenali Jutawan Islam Di Malaysia


Apa yang saya ingin kongsikan dengan pembaca blog semua ialah citra seorang jutawan Ke 7 di Malaysia.Mungkin kita semua tidak ditakdirkan untuk mengisi angka dikedudukan carta seorang jutawan.Namum sebagai hamba Allah, kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang diberikan Allah.Kita mesti tahu bahawa harta adalah satu ujian yang diberikan oleh Allah untuk kita semua.Jangan kita terperangkap dan binasa dengan harta yang dikurniakan sehingga kita tergolong dikalangan penghuni neraka yang maha dahsyat.Para sahabat budiman, sekaya manapun kita, nyawa dan akhirat tidak dapat dibeli dengan wang dan emas selautan hatta setinggi gunungpun harta.Harta yang bertimbun tidak boleh bawa kealam kubur mahupun untuk menebus dosa diakhirat kelak.Apa yang penting Islam telah mengariskan bagaimana menggunakan kekayaan dengan betul dan tepat.

Saya bukan membahaskan permasalahan cara menggunakan harta...itu hanya sekadar intro untuk sedikit renungan kepada kita semua.Apa yang saya inginkan ialah berkongsi dengan pembaca blog mengenai Jutawan ke 7 di Malaysia iaitu Y.Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Apa yang Anda Tahu tentang Beliau..


Y.Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



Latar belakang beliau:


- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa..

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tahniah kepada Tan Sri kerana menjadi Islam yang berjaya..saya amat tertarik dengan kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Tan Sri.Ini wajar dicontohi..
Post by Ustaz Mohd Suffian

seterusnya..

Saturday, November 01, 2008

Sejarah Kesultanan Kelantan

Sejarah awal Kelantan belum diketahui secara pasti. Catatan bangsa Eropa dan China yang ditulis pada masa lalu dapat dijadikan sebagai rujukan untuk memotret fakta dan gambaran tentang asal-usul keberadaan Negeri KelantanBerikut ini adalah catatan-catatan singkat yang dimaksud:
1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenanjung Melayu.
2. G. E. Gerini, peneliti berkebangsaan Italia, mengatakan bahwa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Ia menganggap nama Kelantan adalah gabungan kata dari “Kolo” dengan kata “Thana” atau “Tanah”, hingga menjadi “Kolathana” atau “Kolamtanah” atau “Kolantan”.
3. Sejak abad ke-6 M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan berbagai nama. Pada masa Kerajaan Liang (502-557 M), orang China menyebut “Tan-Tan”. Pada masa Kerajaan Tang (618-906 M), orang China menyebut “Tann-Tann”. Sedangkan pada masa Kerajaan Sung (960-1279 M), Kelantan disebut dengan kata “Chi-lan-chau” atau “Chi-lan-tan”. Pada awal abad ke-17 M, Kelantan disebut dengan “Ko-lan-tan” atau “Ku-lan-tan”.
4. Selain “Tan-Tan” atau “Tann-Tann”, ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang-orang China, yaitu “Chit-tu” yang berarti Negeri Tanah Merah dan dikaitkan dengan Negeri Kelantan.
Berdasarkan letak geografisnya, sebagian ahli sejarah justru beranggapan bahwa Chit-tu (Tanah Merah) atau “Raktamrittika” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang ahli sejarah Eropa, Paul Wheatley cenderung mempercayai bahwa Chit-tu itu terletak di Kelantan. Hal itu bermula dari sejarah Kerajaan Raktamrittika yang didirikan pada abad ke-6 M oleh Raja Gautama, putra Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi wilayah taklukan Kerajaan Funan. Pada tahun 1225 M, Kelantan pernah ditaklukan oleh Sriwijaya.
Pada tahun1411 M (814 H), Negeri Kelantan mulai dipimpin oleh seseorang bernama Raja Kumar. Namun, pakar-pakar sejarah belum dapat menentukan darimana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebutkan bahwa Raja Kumar pernah menjalin hubungan dengan Raja China. Misalnya, pada tahun 1412 M, Raja Kumar menerima pemberian berupa kain-kain sutera dan surat puji-pujian dari Raja China.
Raja Kumar mangkat pada tahun 1418 M. Ia digantikan oleh Sultan Iskandar Syah. Berdasarkan manuskrip Sejarah Melayu, Sultan Iskandar merupakan cucu Raja Culan, Raja Negeri Ganggayu atau Klang Kio yang terletak di hulu Sungai Johor. Ada sumber lain, misalnya buku karya Nik Mahmud Ismail, Ringkasan Cetera Kelantan, menyebut bahwa Raja Culan adalah Raja Negeri Perak. Belum ditemukan data yang pasti tentang bagaimana hubungan kekerabatan antara Raja Kumar dan Sultan Iskandar Syah. Demikian pula, belum ditemukan data yang menjelaskan bagaimana mulai masuknya Islam di Kelantan mengingat Sultan Iskandar Syah telah menganut agama Islam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Sejarah
Sejarah awal Kelantan belum diketahui secara pasti. Catatan bangsa Eropa dan China yang ditulis pada masa lalu dapat dijadikan sebagai rujukan untuk memotret fakta dan gambaran tentang asal-usul keberadaan Negeri Kelantan. Berikut ini adalah catatan-catatan singkat yang dimaksud:
1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenanjung Melayu.
2. G. E. Gerini, peneliti berkebangsaan Italia, mengatakan bahwa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Ia menganggap nama Kelantan adalah gabungan kata dari “Kolo” dengan kata “Thana” atau “Tanah”, hingga menjadi “Kolathana” atau “Kolamtanah” atau “Kolantan”.
3. Sejak abad ke-6 M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan berbagai nama. Pada masa Kerajaan Liang (502-557 M), orang China menyebut “Tan-Tan”. Pada masa Kerajaan Tang (618-906 M), orang China menyebut “Tann-Tann”. Sedangkan pada masa Kerajaan Sung (960-1279 M), Kelantan disebut dengan kata “Chi-lan-chau” atau “Chi-lan-tan”. Pada awal abad ke-17 M, Kelantan disebut dengan “Ko-lan-tan” atau “Ku-lan-tan”.
4. Selain “Tan-Tan” atau “Tann-Tann”, ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang-orang China, yaitu “Chit-tu” yang berarti Negeri Tanah Merah dan dikaitkan dengan Negeri Kelantan.
Berdasarkan letak geografisnya, sebagian ahli sejarah justru beranggapan bahwa Chit-tu (Tanah Merah) atau “Raktamrittika” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang ahli sejarah Eropa, Paul Wheatley cenderung mempercayai bahwa Chit-tu itu terletak di Kelantan. Hal itu bermula dari sejarah Kerajaan Raktamrittika yang didirikan pada abad ke-6 M oleh Raja Gautama, putra Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi wilayah taklukan Kerajaan Funan. Pada tahun 1225 M, Kelantan pernah ditaklukan oleh Sriwijaya.
Pada tahun1411 M (814 H), Negeri Kelantan mulai dipimpin oleh seseorang bernama Raja Kumar. Namun, pakar-pakar sejarah belum dapat menentukan darimana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebutkan bahwa Raja Kumar pernah menjalin hubungan dengan Raja China. Misalnya, pada tahun 1412 M, Raja Kumar menerima pemberian berupa kain-kain sutera dan surat puji-pujian dari Raja China.
Raja Kumar mangkat pada tahun 1418 M. Ia digantikan oleh Sultan Iskandar Syah. Berdasarkan manuskrip Sejarah Melayu, Sultan Iskandar merupakan cucu Raja Culan, Raja Negeri Ganggayu atau Klang Kio yang terletak di hulu Sungai Johor. Ada sumber lain, misalnya buku karya Nik Mahmud Ismail, Ringkasan Cetera Kelantan, menyebut bahwa Raja Culan adalah Raja Negeri Perak. Belum ditemukan data yang pasti tentang bagaimana hubungan kekerabatan antara Raja Kumar dan Sultan Iskandar Syah. Demikian pula, belum ditemukan data yang menjelaskan bagaimana mulai masuknya Islam di Kelantan mengingat Sultan Iskandar Syah telah menganut agama Islam.
Sultan Iskandar Syah mangkat pada tahun 1465 M. Ia kemudian digantikan oleh Sultan Mansur Syah. Ada tiga versi sumber yang menyebutkan hubungan darah Sultan Mansur Syah dengan Sultan Iskandar Syah, yaitu: (1) Sejarah Melayu menyebut Sultan Mansur Syah adalah anak saudara sepupu Sultan Iskandar Syah; (2) Ringkasan Cetera Kelantan menyebut Sultan Mansur Syah adalah putra Sultan Iskandar Syah; dan (3) Sejarah Negeri-Negeri Melayu karya Haji Muhammad Sidi Haji Muhd Rasyid menyebut Sultan Mansur Syah adalah sepupu Sultan Iskandar Syah.
Pada masa pemerintahan Sultan Mansyur Syah, Kelantan mencapai masa kejayaan. Ketika itu, Kelantan dikenal dengan hasil perekonomiannya. Nama Kelantan rupanya terdengar hingga ke Melaka (yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Mahmud Syah). Pada tahun 1477 M, Sultan Mahmud Syah memerintah bala tentaranya untuk menyerang Kelantan. Sultan Mansur Syah mempunyai tiga orang anak, yaitu Raja Gombak, Unang Kening, dan Cubak. Sultan Mahmud Syah pada perkembangan selanjutnya ternyata justru menikahi putri Sultan Mansur Syah, Unang Kening. Sultan Mahmud Syah dan Unang Kening dikaruniai tiga orang anak, yaitu Raja Mah (putri), Raja Muzaffar (putra), dan Raja Dewi (putri). Raja Muzaffar yang lahir pada tahun 1505 M kemudian diketahui menjadi Sultan Perak I dengan gelar Sultan Muzaffar Syah (1528-1540 M). Setelah Sultan Mansur Syah mangkat pada tahun 1526 M, Raja Gombak menggantikan posisi ayahnya sebagai Sultan Kelantan ke-IV dengan gelar Sultan Gombak (1526-1584 M).
Sultan Gombak mangkat pada tahun 1584 M. Ia digantikan oleh cucunya yang kemudian dijadikan anak angkatnya, Raja Ahmad dengan gelar Sultan Ahmad. Sultan Ahmad menikah dengan Cik Banun, anak bungsu Seri Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan, dan melahirkan seorang putri bernama Cik Wan Kembang. Ketika Sultan Ahmad mangkat pada tahun 1588 M, Cik Wan Kembang masih berusia 4 tahun. Sehingga, Raja Hussin, putra Raja Umar yang bergelar Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah (Raja Johor, 1580-1597 M) diminta datang ke Kelantan dengan maksud agar dirinya bersedia menjadi Sultan Kelantan ke-VI dengan gelar Sultan Hussin. Ada sumber lain yang menyebutkan fakta lain bahwa diangkatnya Raja Hussin bukan lantaran diminta oleh para pembesar Kelantan, namun karena kondisi sejarah pada saat itu, yakni pada abad ke-16, Kelantan berada di bawah kekuasaan Johor.
Setelah Raja Hussin mangkat pada tahun 1610 M, Cik Wan Kembang yang sudah berumur dewasa diangkat sebagai Sultan Kelantan ke-VII (1610-1663 M). Cik Wan Kembang merupakan sultan perempuan pertama di Kelantan. Ketika memerintah, ia bertempat tinggal di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, yang jaraknya kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai. Letak pemerintahan yang strategis tersebut menyebabkan banyak pedagang dari dalam maupun luar yang mengunjungi Kelantan.
Pada masa pemerintahan Cik Wan Kembang, telah berdiri sebuah kerajaan kecil di bagian timur laut Kelantan, yaitu Kerajaan Jembal yang dipimpin oleh Raja Sakti (1638 M). Raja Sakti adalah anak angkat Raja Bersiung Kedah. Raja Sakti mangkat pada tahun 1649 M dan digantikan oleh putranya, Raja Loyor. Cik Wan Kembang memiliki hubungan yang baik dengan Raja Loyor. Cik Wan Kembang pernah mengambil Puteri Saadong, putri Raja Loyor, sebagai anak angkatnya yang kelak akan dijadikan penggantinya. Cik Wan Kembang mangkat pada tahun 1663 M. Sepeninggalan dirinya boleh dibilang sebagai masa berakhirnya pemerintahan keturunan Sultan Iskandar Syah. Kelantan kemudian diperintah oleh raja-raja Jembal (pada masa pemerintahan ini tidak digunakan istilah sultan).
Berbicara tentang Puteri Saadong, ketika masih hidup Cik Wan Kembang pernah menikahkan anak angkatnya itu dengan Raja Abdullah, sepupu Puteri Saadong sendiri. Puteri Saadong dan Raja Abdullah menetap di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong), yang kemudian pindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai. Puteri Saadong pernah diculik oleh Panglima Tentera Siam bernama Phraya Decho untuk dibawa ke hadapan Narai Maharaja Siam (1656-1688 M). Tidak ketahui data yang jelas apa maksud penculikan tersebut. Ketika kembali ke Kelantan, Puteri Saadong pernah berselisih dengan suaminya, Raja Abdullah. Entah apa yang diperselisihkan. Dalam perselisihan tersebut, tanpa sengaja Raja Abdullah terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Raja Abdullah akhirnya meninggal. Sepeninggalan Raja Abdullah, Puteri Saadong mengangkat Raja Abdul Rahim, saudara Raja Abdullah, sebagai Sultan di Kota Mahligai.
Tidak banyak data yang menyebutkan masa pemerintahan Raja Loyor. Ia mangkat pada tahun 1675 M. Ia digantikan oleh adiknya, Temenggong Umar yang bergelar Raja Umar (1675-1719 M). Raja Umar memiliki lima orang putra-putri, yaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti, dan Raja Pah. Setelah Raja Umar mangkat pada tahun 1719 M, Long Besar atau Long Bahar diangkat sebagai Raja di Jembal (1719-1733 M). Pengangkatan tersebut adalah atas permintaan putri sulu Raja Umar, Raja Kecil Sulung. Long Bahar adalah putra Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang pernah merantau ke Kelantan bersama ayahnya. Long Bahar menikah dengan Raja Pah, putri Sultan Omar.
Long Bahar mangkat pada tahun 1733 M. Ia digantikan oleh putranya, Long Sulaiman atau Wan Anom Long Nik dengan gelar Mas Kelantan. Long Sulaiman memiliki tiga orang putra-putri, yaitu Long Yunus, Tuan Dewi, dan Tuan Kembang. Tuan Kembang menikah dengan Long Deraman, putra Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada tahun 1756 M, terjadi sebuah serangan misterius yang bermaksud ingin membunuh Long Sulaiman. Dalam serangan ini, Long Sulaiman meninggal. Ia kemudian diganti oleh sepupunya, Long Pendak, sebagai Raja Kubang Labu, sementara adiknya, Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.
Pada tahun 1758 M, Long Pendak meninggal. Ia dibunuh oleh Long Deraman yang membalas dendam atas perbuatan Long Pendak. Long Pendak pernah membunuh isterinya sendiri dan juga adik Long Deraman, Tengku Tengah. Long Muhammad kemudian menjadi Raja di Kota Kubang Labu. Pada masa pemerintahannya, terjadi peperangan antara Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Yunus yang dibantu oleh Long Gaffar, putra Raja Reman di Hulu Perak. Pada tahun 1762 M, Long Muhammad dan Long Deraman tewas dalam sebuah peperangan sengit. Akhirnya, Kerajaan Kubang Labu dapat dikuasai oleh Long Yunus. Sebagai bentuk penghargaan terhadap jasa Long Gaffar, Long Yunus mengangkat Long Gaffar sebagai Perdana Menteri di Kelantan yang memerintah dari Jeram hingga ke Pasir Tumbuh.
Long Yunus memerintah Kelantan antara tahun 1775-1794 M. Ia dikenal sebagai pemimpin yang mampu menyatukan kembali seluruh wilayah Kelantan yang sebelumnya terpecah-pecah hingga menjadi ke dalam satu sistem pemerintahan saja.
2. Silsilah
Berikut ini adalah daftar silsilah sultan-sultan yang pernah berkuasa di Kesultanan Kelantan:
1. Raja Kumar (1411-1418 M)
2. Sultan Iskandar (1418-1465 M)
3. Sultan Mansur Syah (1465-1526 M)
4. Sultan Gombak (1526-1584 M)
5. Sultan Ahmad (1584-1588 M)
6. Sultan Hussin (1588-1610 M)
7. Cik Wan Kembang (1610-1663 M)
8. Raja Loyor (1649-1675 M)
9. Raja Umar (1675-1719 M)
10. Long Besar atau Long Bahar (1719-1733 M)
11. Long Sulaiman (1733-1756 M)
12. Long Pendak (1756-1758 M)
13. Long Muhammad (1758-1762 M)
14. Long Gaffar (1762-1775 M)
15. Long Yunus (1775-1794 M)
16. Sultan Muhammad (1794-1839 M)
17. Sultan Muhammad II atau Sultan Mulut Merah (1839-1886 M)
18. Sultan Muhammad III (1886-1900 M)
19. Sultan Muhammad IV atau Long Senik bin Long Kundur (1900-1920 M)
20. Sultan Ismail (1920-1944 M)
21. Sultan Ibrahim (1944-1960 M)
22. Sultan Yahya Petra (1960-1979 M)
23. Sultan Ismail Petra (1979 M-sekarang)
3. Periode Pemerintahan
Kesultanan Kelantan telah berdiri selama hampir enam abad lamanya. Dalam rentang sejarah yang begitu panjang, Kelantan pernah mengalami masa perpecahan. Hal itu bermula pada masa pemerintahan Cik Wan Kembang (1610-1663 M). Pada masanya, di dalam wilayah Kelantan mulai berdiri sebuah kerajaan kecil, yaitu Kerajaan Jembal. Kelantan kemudian dikuasai oleh keturunan dari Patani yang merantau ke Kelantan, yaitu sejak masa pemerintahan Long Bahar. Pada masa Long Yunus, Kelantan mulai dapat bersatu kembali.
Dalam perkembangan masa modern, Kesultanan Kelantan menjadi salah satu bagian dari 14 negeri dalam federasi Kerajaan Malaysia. Kelantan yang juga disebut dengan nama Negeri Kelantan Dar`ul Naim kini dipimpin oleh Sultan Ismail Petra (sejak tahun 1979 M).
4. Wilayah Kekuasaan
Wilayah kekuasaan Kesultanan Kelantan meliputi daerah-daerah berikut ini: Gua Musang (8,177 km2), Kuala Krai (2,277 km2), Jeli (1,318 km2), Tanah Merah (880 km2), Pasir Mas (569 km2), Machang (527 km2), Pasir Puteh (424 km2), Kota Bharu (394 km2), Bachok (279 km2), Tumpat (177 km2). Kesultanan ini terletak di sebelah timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan berbatasan dengan Thailand Selatan.
5. Struktur Pemerintahan
Struktur pemerintahan Kesultanan Kelantan merupakan warisan sistem politik Melayu tradisional. Sultan merupakan penguasa tertinggi di Kesultanan Kelantan. Dalam menjalankan roda pemerintahan, ia dibantu oleh tiga kelompok pembantu sultan, yaitu:
1. Kelompok kerabat sultan yang merupakan keturunan sultan itu sendiri.
2. Kelompok bangsawan yang bergelar syed, nik, dan wan.
3. Kelompok masyarakat biasa yang memegang jabatan tinggi di pemerintahan.
Tugas utama tiga kelompok pembesar kesultanan tersebut adalah menjalankan segala pekerjaan yang memang menjadi kewajibannya dan juga menjalankan apa yang menjadi perintah sultan. Tugas mereka meliputi hal-hal yang berkaitan dengan adat-istiadat istana, pemerintahan, keuangan, kehakiman, keamanan, pertahanan, dan hubungan luar negeri. Salah satu fungsi utama kelompok kerabat sultan adalah melantik sultan yang akan memerintah.
Struktur dan sistem pemerintahan tersebut baru diterapkan pada akhir abad ke-18 M, yaitu pada masa pemerintahan Long Yunus (1775-1794 M). Long Yunus melantik putra-putranya sebagai berikut: Long Ismail (Raja Muda), Long Jenal (Bendahara), dan Long Tan (Temenggung). Sementara itu, sahabat karibnya, Long Ghafar dilantik sebagai mangkubumi dan panglima perang dengan gelar Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri. Sebenarnya ada empat jabatan dan gelar lagi, yaitu Raja Bukit Pancor (yang dijabat oleh Long Yunus bin Long Yunus), Tengku Kota (Long Muda atau Tuan Dagang bin Long Yunus), Dato‘ Kaya Hulubalang (anak Penghulu Adas).
Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II atau Sultan Mulut Merah (1839-1886 M), struktur pemerintah Kelantan mengalami perubahan dengan adanya tambahan jabatan atau gelar baru, sebagai berikut:
1. Sultan (Tuan Senik Mulut Merah)
2. Sultan Dewa (Tuan Senik Kota atau Tuan Senik Penambang-baharu)
3. Hakim (Syed Jaafar-baharu)
4. Mufti (Tuan Abdul Rahman Muda bin Wan Othman-baharu)
5. Kadi (tidak diketahui datanya)
6. Perdana Menteri (Engku Limbat bin Long Jaafar)
7. Pembantu Menteri Besar (Nik Abdul Majid atau Wan Abdul Majid bin Wan Yusuf bersama Nik Yahya)
8. Juru Tulis Diraja atau Setiausaha Sultan (Wan Abdul Kadir)
9. Ketua Istiadat bergelar Dato Megat Mahkota

Pintu gerbang dalam Istana Balai Besar.
Pada tahun 1845 M, terjadi lagi perubahan dalam struktur pemerintahan dengan terbentuknya jamaah Ahli Mensyuarat yang anggotanya adalah sejumlah pembesar kesultanan. Perubahan tersebut terjadi setelah Bandar Kota Bharu dan Istana Balai Besar dibangun setahun sebelumnya (1844 M). Berikut ini adalah tugas-tugas pemerintahan pada masa tersebut:
1. Tugas keuangan, yang diemban oleh:
1. Bendahara (gelar awalnya Tengku jika penyandangnya adalah keturunan sultan)
2. Seri Maharaja (gelar awalnya ditambah Tengku jika penyandangnya keturunan sultan)
3. Seri Pakerma Raja
4. Seri Akar Raja
2. Tugas peperangan, yang diemban oleh:
1. Temenggung Aria Pahlawan
2. Seri Nara Diraja
3. Laksamana
4. Seri Kelana Diraja
3. Tugas pemerintahan, yang diemban oleh:
1. Seri Paduka Raja
2. Seri Amar Diraja
3. Seri Setia Diraja
4. Seri Diraja
4. Hubungan luar negeri, yang diemban oleh:
1. Biji Sura
2. Biji Wangsa
3. Lela Utama
4. Lela Negara
5. Urusan dalam negeri, yang diemban oleh:
1. Kaya Perba
2. Kaya Pahlawan
3. Kaya Hulubalang
4. Kaya Perwira
6. Urusan istana, yang diemban oleh:
1. Seri Rakna Diraja
2. Bentara Guna
3. Penghulu Balai
7. Urusan keadilan dan kehakiman, yang diemban oleh:
1. Ketua Hakim (disandang oleh Hakim)
2. Kadi (bertanggung jawab terhadap masalah hukum atau syariat Islam)
3. Hakim (bertanggung jawab terhadap masalah di luar hukum Islam)
8. Penasehat sultan, yang diemban oleh:
1. Tengku Bendahara
2. Tengku Temenggung
3. Seri Paduka
Secara umum, gelar bagi seseorang yang akan menggantikan posisi sultan adalah Raja Muda. Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad IV (Long Senik bin Long Kundur, 1900-1920 M), tepatnya pada tahun 1911, gelar Raja Kelantan diadakan untuk menempati posisi sultan berikutnya. Namun pada tahun 1944 M, gelar tersebut dihapus karena ada anggapan dari orang-orang di luar Kelantan bahwa gelar itu dimaksudkan untuk menggantikan posisi sultan yang sedang ada urusan ke luar kesultanan. Mareka menganggap bahwa istilah Raja Kelantan dan Sultan Kelantan adalah sama saja. Untuk mengatasi masalah tersebut, Tengku Ibrahim, putera kedua Sultan Ismail yang bergelar Raja Kelantan, naik menjadi Sultan Kelantan pada Juni 1944 M. Gelar seseorang yang akan menggantikan posisi sultan dikembalikan ke semula, yaitu Raja Muda.
6. Kehidupan Sosial-Budaya
Berdasarkan sensus tahun 2005, jumlah penduduk Kelantan Daru`l Naim berjumlah 1,373,173 jiwa, yang terdiri sebagai berikut: Gua Musang (80,167), Kuala Krai (97,836), Jeli (38,185), Tanah Merah (108,228), Pasir Mas (172,692), Machang (82,653), Pasir Puteh (111,001), Kota Bharu (425,294), Bachok (116,128), Tumpat (140,989). Bangsa Melayu merupakan penduduk mayoritas di Kelantan (95 %), sementara sebagian yang lain diisi oleh keturunan China (3,8 %), keturunan India (0,3 %), dan lain-lain (0,9 %). Komposisi penganut agama-agama di Kelantan adalah: Islam (95 %), Buddha (4,4 %), Kristen (0,2 %), Hindu (0,2 %), dan penganut agama lainnya (0,2 %).
Perekonomian masyarakat Kelantan bersumber dari hasil pertanian dan industri. Secara umum, tanaman pertanian yang banyak ditanam oleh penduduk Kelantan adalah tanaman getah, kelapa sawit, dan padi. Sedangkan industri yang banyak dikerjakan masyarakat Kelantan adalah industri kayu, terutama kayu balak dan kayu gergaji.
Sejak masa lalu, Kesultanan Kelantan dikenal memiliki hubungan yang baik dengan Kesultanan Patani. Secara geografis, letak kedua kesultanan ini sangat berdekatan. Kelantan memiliki kebudayaan yang unik dan menarik yang merupakan bentuk asimilasi antara budaya Melayu, Islam, dan Siam. Di antara sebagian kebudayaan tersebut adalah berupa permainan rakyat, seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong, dan sebagainya. Mak Yong dipengaruhi budaya Siam, Dikir Barat memiliki unsur-unsur keislaman, dan Main Puteri berasal dari budaya Hindu-Siam. Di samping itu, Kelantan mempunyai makanan tradisional yang khas dan berbeda dari negeri-negeri Melayu lainnya, seperti makanan Budu.
(HS/sej/40/01-08)
Sumber:
• Hamid, Rogayah A. dan Mariyam Salim, Kesultanan Melayu Kelantan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006).
• “Kelantan”, dalam http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan, diakses tanggal 17 Januari 2008.
• “Kota Bharu”, dalam http://sklaloh.kelantan.edu.my/kotabharu.htm, diakses tanggal 26 Januari 2008.
• “Sejarah Kelantan”, dalam http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kelantan, diakses tanggal 17 Januari 2008.
• “Sultan-Sultan Kelantan”, dalam http://www.ppak.kelantan.edu.my/kelantan/kerajaan, diakses tanggal 24 Januari 2008.
Kredit foto :
• raykinzoku.fotopages.com
• www.geocities.com

sumber ini dipetik dari http://melayuonline.com tanpa sebarang ubahsuai bertujuan mengelakkan anasir plagiat dan memastikan keesahan sumber tersebut.


seterusnya..