Laporan UPSR
Tarikh keramat 13 November 2008 amat dinanti-nantikan oleh warga SKSC.Tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun 2008.Tepat jam 11pg pengumuman keputusan UPSR diumumkan dan seramai 15 orang murid telah mendapat 5A.Calon UPSR keseluruhan ialah berjumlah 209 calon.Walaupun sasaran untuk mendapatkan 35 orang 5A tidak menepati matlamat.SKSC berbangga kerana dapat melahirkan murid yang berintegriti tinggi dan bersahsiah baik.Kegagalan ini bukanlah satu penghalang kepada Warga SKSC untuk menghadapi cabaran bagi memastikan kecemerlangan UPSR 2009 dapat dicapai jayanya.
Guru-guru SKSC telah berjuang dan mengajar dengan gigih berusaha untuk mencapai jumlah target yang disasarkan namum demikian segala usaha telah digembelengkan tetapi Allah jua yang menentukan.Tahniah kepada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan yang tidak berjaya usaha lagi kerana perjalanan kalian masih lagi jauh.Ada beberapa siri peperiksaan yang perlu ditempuhi iaitu PMR , SPM dan STPM kesemuanya itu adalah memerlukan persiapan rapi dan keazaman yang jitu.Saya yakin kegagalan hari ini adalah sempadan untuk kita menghadapi kegagalan.Sedar dan yakin diri adalah pokok utama dalam segalanya.Jika hari ini kita gagal maka seharusnya kita sedar dan bangkit kembali agar kegagalan kita tidak akan berterusan selamanya.Percayalah anak didik sekalian kami guru-guru pernah menjadi manusia yang gagal dan hari ini kami berjaya kerana kami bangkit dari kegagalan yang berpanjangan.Jadi jika kita gagal memperolehi 5A dalam UPSR maka hari ini kita perlu sedar bahawa masih ada lagi hari-hari yang mendepani kehidupan.Yakinlah bahawa kejayaan akan menghiasi hidup ini.USAHA ITU UBAT BAGI KEGAGALAN.
Buat guru-guru Terima Kasih kerana mengajar,membimbing dan mendidik sehingga menjadi manusia yang berjaya.Ingatlah Kegagalan hari ini bukan beerti gagal selamanya.