Wednesday, November 19, 2008

Siapakah Musuh dan Sahabat Iblis

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog SKSC yang setia mengenai musuh dan sahabat iblis.Sebelum saya bahaskan mengenai Musuh dan Sahabat Iblis terlebih dahulu saya mahu rakan-rakan dan sahabat saya alihkan dahulu perhatian dan pemikiran mengenai perkara-perkara lain.Buanglah jauh-jauh hal dunia serta lapangkan fikiran kita ini untuk menghayati tazkirah yang saya susun ini.Sebagai pendidik inilah tugas saya untuk menyampaikan ilmu kepada yang dahagakan ilmu.Percayalah rakan-rakan saya,bahawa kehidupan yang kita hadapi adalah amat singkat seumpama jarak siang dengan malam.Hari ini kita hidup dan besok mungkin kita akan mati..jadi adakah kita telah mempersiapkan diri dengan amalan yang mampu dibawa untuk dipersembahkan kehadrat Illahi Rabbu Jalil.Kalau belum???? masih ada ruang untuk kita melaksanakan tugas kita sebelum menghadap Allah s.w.t.

Nabi bersabda:Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati besok dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun.

Beginilah kehidupan kita sebagai manusia..yang hidup akan pasti mati,termasuklah saya dan semua pembaca akan menemui nasib yang sama seperti saudara-saudara kita yang telah meninggalkan kita..Persoalannya disini mampukah kita menghadapi siksaan kubur yang telah disediakan untuk kita yang berdosa ini."Ya Allah jauhkanlah kami dari Fitnah Kubur dan Azab Kubur..Wahai Tuhan Yang Maha Penyanyang".Oleh itu sahabat-sahabat saya marilah sama-sama kita kembali kepada Ajaran Allah yang sebenar serta sentiasa meminta ampun kepada Allah.Mudah-mudahan kita terdiri dari orang yang beruntung didunia dan diakhirat.





Dalam meniti maya pada ini seharusnya rakan-rakan saya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan kehidupan sehari-harian.Kenalilah saiapa sahabat dan siapa musuh kita........musuh dan sahabat yang saya maksudkan ialah Iblis.
Siapakah Musuh Iblis?

Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya:

"Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku" Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur


Siapakah Sahabat Iblis?




Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)


Jadi sebelum saya akhiri tazkirah ini pesanan saya untuk diri saya dan rakan-rakan pembaca Kuatkan amal ibadah untuk diri sendiri dan keluarga,sentiasa memohon keampunan dari ALLAH,jauhi dari menjadi sahabat iblis serta sentiasa bertakwa kepada Allah.
Sekian apa yang baik dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan saya sendiri.Wallahua'lam bissaawab.

Ustaz Mohd Suffian MN
Waktu 2.33am