Sunday, October 26, 2008

MONOLOG GURU


Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan dalam mengejar kehidupan yang hakiki.Hari ini jika kita gagal maka kegagalan kita itu adalah sempadan yang akan membawa kita untuk terus mengejar kejayaan.Jatuh dan bangun itu adalah iltizam bagi seorang insan yang mengejar kejayaan.Kejayaan yang dicapai hanya akan hadir jika kita berusaha sedaya yang mungkin.Islam mentakrifkan kejayaan sebagai satu usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.Namum apa yang saya ingin kongsi disini bukanlah perbahasan mengenai kejayaan,kerana konsep kejayaan adalah luas seluas lautan yang membiru

Alhamdulilah kerana saya ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang guru..apa yang ada dihadapan adalah usaha manusia untuk mengubah takdir Allah taala akan tetapi apa yang telah berlaku itu adalah takdir yang telah ditetapkan Allah.Ya sekarang seorang guru,dalam erti kata yang luas kerjaya guru untuk memertabatkan anak bangsa menjadi manusia yang gemilang.

Saya cuba mengenang kembali sejarah silam semasa berada di MPSAH dulu.Imbasan ini mengingatkan saya betapa perjalanan yang dilalui dulu telah menentukan takdir kita pada hari ini.Kita berusaha untuk mendaftarkan diri sebagai bakal guru pelatih dan selepas 12 tahun yang berlalu kita telah pun menjalani latihan sebenar sebagai guru cemerlang yang bakal melatih anak muda nanti.

Hari ini kita telah melalui fasa seterusnya sebagai guru..dan mungkin kita akan melalui fasa-fasa seterusnya mengikut peredaran masa dan waktu yang ditetapkan.Saya cuba mengenang kembali bekas-bekas guru yang telah melatih,mendidik,mengajar dan membimbing kita untuk menjadi insan guru yang kamil.Bermula dari seawal pendidikan disekolah rendah sehinggalah keperingkat menengah,kemaktab dan ada yang telahpun berada ditahap universiti..semuanya itu adalah jasa-jasa guru yang tidak dapat dibalas dengan emas segunung pun.
Al Fatihah buat guru-guru yang telah mendidik kami sehingga menjadi manusia..Buat pensyarah MPSAH yang telah meninggalkan kami, semoga roh kalian ditempatkan ditempat tertinggi dikalangan ulama dan mujahid.

Kepada guruku tercinta dan Pensyarah MPSAH 96/99



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1976

Salam Hormat dari saya Ustaz Mohd Suffian MPSAH PA/KT 96/99